Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Riya': Hakikat Dan Bahagian-Bahagiannya Serta Celaan Terhadapnya
Tajuk Mudarasah: Penawar Riya' dan Cara Mengubati Hati
Halaman Rujukan Kitab : 393
Nota Mudarasah:
Proses Kedua:
Menyanggah perasaan riya' dari menceroboh ketika beribadat. Untuk melakukannya, seseorang itu perlu mempelajari cara-caranya. Orang yang bermujahadah melawan nafsunya dan mencabut tunjang riya' dari hatinya dengan sifat qana'ah dan merendah diri di samping memandang rendah terhadap pujian dan cemuhan manusia kepadanya, perlu mengetahui bahawa syaitan tidak akan membiarkannya tenang dan selesa beribadat tanpa menggodanya dengan pelbagai lintasan riya'. Apabila syaitan membuai perasaan dengan menyatakan bahawa ada orang melihat dan kagum dengan ibadat yang dilakukannya, dia perlu menolak godaan tersebut dengan berkata kepada dirinya: Apa faedah kepada kamu sama ada manusia tahu ataupun tidak kerana Allah lebih mengetahui keadaan dirimu. Jika begitu, apa faedah jika orang lain tahu?
Apabila keinginan bergolak untuk dipuji, dia perlu ingatkan dirinya kepada bencana-bencana penyakit riya' dan terdedahnya dia kepada kemurkaan Allah jika berada dalam keadaan begitu. Oleh itu, keinginannya untuk riya' hendaklah ditolak dengan perasaan takut kepada murka Allah kerana mengetahui bahawa orang lain tahu perbuatannya itu sememangnya akan menimbulkan keinginan untuk dipuji, manakala mengetahui bencana-bencana riya' akan menimbulkan pula perasaan benci terhadap keinginan tersebut.
Rukhsah dalam Menzahirkan Amalan Ketaatan
Dalam hal ini, dia hendaklah mengetahui bahawa faedah dari merahsiakan sesuatu amalan ialah dapat mengikhlaskan diri dan selamat dari riya'. Manakala faedah dari menzahirkan amalan pula ialah dapat menjadi tauladan kepada orang lain dan menggalakkan mereka untuk melakukan kebaikan.
Ada amalan yang tidak boleh dirahsiakan seperti haji dan jihad. Orang yang menzahirkan amalannya itu perlu mengawal hatinya agar tidak dicemari riya' yang halus dan tersembunyi ini. Dia perlu berniat agar orang lain mencontohi perbuatannya itu. Orang yang lemah hatinya tidak boleh menipu diri sendiri dalam hal ini. Dia ibarat orang yang tidak mahir berenang. Apabila dia melihat sekumpulan orang yang tercungap-cungap kelemasan, día pun merasa kasihan lalu terjun untuk menyelamatkan mereka. Akibatnya, mereka terus bergantungan kepadanya sehingga dia turut lemas dan mati bersama-sama dengan mereka.
Manakala orang yang kuat dan mempunyai keikhlasan yang tinggi, manusia adalah kecil pada pandangannya. Ketika itu sama sahaja kepadanya sama ada mereka memuji atau mencemuhnya. Kepada orang yang sebegini, tidak menjadi masalah jika mereka menzahirkan amalan mereka kerana perbuatannya itu akan menggalakkan manusia mengikutnya. Menggalakkan manusia dalam perkara kebaikan adalah satu kebajikan.
Diriwayatkan daripada sekumpulan ulamak salaf bahawa mereka telah menzahirkan sebahagian tingkahlaku yang baik supaya orang mencontohi mereka. Sebagaimana ada di antara mereka yang berpesan kepada keluarganya ketika nazak: Janganlah kamu menangisi kematianku kerana aku tidak pernah melafazkan sesuatu yang tidak baik semenjak aku memeluk Islam.
Abu Bakar bin 'Ayyash r.hm. berkata kepada anaknya: Jangan kamu menderhakai Allah Taala dalam bilik ini kerana di sini aku telah khatamkan al-Quran sebanyak dua belas ribu kali. Banyak lagi contoh tauladan dari ucapan mereka.
Wallahu A'lam.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment