Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 17: Keajaiban Hati
Tajuk Mudarasah: Sebab-Sebab Dosa Kecil Menjadi Besar
Sub Tajuk Mudarasah: Dosa Sesama Manusia
Halaman Rujukan Kitab : 460
Nota Mudarasah:
Dosa sesama manusia juga merupakan maksiat kepada Allah Taala. Allah telah melarang kezaliman sesama manusia. Orang berlaku zalim kepada manusia lain bermakna dia telah melak larangan Allah Taala. Oleh itu dia perlu menebusnya dengan menyesal dan berazam tidak akan melakukan seperti itu lagi pada masa hadapan. Dia juga perlu melakukan kebaikan-kebaikan yang berlawanan dengan kezaliman tersebut sebagaimana di bahagian awal tadi.
Dalam masalah ini dia perlu menggantikan perbuatan menyakiti orang lain dengan melakukan kebaikan kepada mereka, mengganti dosa merampas harta dengan bersedekah hartanya yang halal, dosa menjatuhkan maruah sesama mereka dengan menghargai ahli-ahli agama, dosa membunuh dengan membebaskan hamba dan sebagainya. Semua itu adalah berkaitan dengan hak Allah Taala, tetapi ia tidak akan sempurna melainkan setelah dia meninggalkan kezalimannya terhadap sesama manusia.
Dosa-dosa sesama manusia berlaku sama ada pada diri, harta, maruah atau menyakiti hati. Dalam aspek diri atau jiwa, sekiranya berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, pembunuh hendaklah membayar diyat kepada mereka yang berhak menerimanya, sama bayaran tersebut darinya atau dari keluarganya. Jika dia membunuh secara sengaja, dia wajib dihukum qisas apabila memenuhi syarat-syaratnya. Dia hendaklah diserahkan kepada keluarga mangsa, sama ada hendak dibalas bunuh atau diampunkannya.
Dalam keadaan ini dia tidak boleh menyembunyikan dosanya. Ini berbeza jika dia melakukan perbuatan zina atau mencuri meminum arak atau melakukan kesalahan yang boleh dikena hukuman hudud, kerana dalam masalah tersebut dia tidak perlu mengaku perbuatannya itu jika ingin bertaubat, bahkan dia perlu merahsiakannya.
Jika dia mengaku salah kepada pemerintah sehingga dia dihukum, hukuman itu akan menghapuskan dosanya dan taubatnva juga adalah sah dan diterima berdasarkan kisah Maiz dan Ghamidiah. Demikian juga hukuman terhadap mereka menuduh zina. Orang yang melakukannya perlu dihukum.
Aspek kedua ialah dosa yang berkait dengan harta seperti merampas, khianat, menipu dalam jual beli dan mencampur adukkan harta yang halal dan haram. Dalam hal ini, dia wajib mengembali kan harta tersebut kepada empunyanya. Dia perlu mengaku salah harta kepada orang yang dizalimi dan kemudiannya menunaikan hak-hak mereka serta memohon dihalalkannya apa yang telah dimakannya.
Jika kesalahannya terlampau banyak dan dia tidak mampu menebusnya, dia hendaklah melaksanakan apa yang termampu sahaja dan kemudiannya pasrah dengan membanyakkan amalan kebaikan agar dapat digunakan untuk menebus kezaliman yang dilakukannya. Di mana kebaikan yang dilakukannya itu nanti akan diletakkan ke dalam neraca timbangan (mizan) orang yang dizaliminya. Dan sekiranya kebaikannya itu tidak mencukupi, akan diambil kejahatan orang yang dizalimi itu dan diletakkan ke dalam neraca kejahatannya.
Ini adalah hukuman yang berkait dengan harta yang telah dikenal pasti pemilik asalnya. Sekiranya dia memegang harta yang tidak diketahui pemilik dan warisnya, hendaklah dia bersedekah dengan harta tersebut bagi pihak tuannya. Jika hartanya bercampur aduk antara yang halal dan haram, dia hendaklah berusaha mengetahui kadar harta yang haram itu, kemudian bersedekah dengan kadar jumlah harta yang haram tersebut.
Aspek ketiga ialah dosa ke atas maruah dan menyakiti hati seseorang. Dia perlu memohon kemaafan daripada mereka dan hendaklah memaklumkan dosa yang dilakukannya. Memohon halal secara umum sahaja tidak memadai, kerana mungkin sekiranya orang itu mengetahui cerita sebenarnya dia tidak akan memaafkannya. Kecuali jika diceritakan keseluruhannya. kesannya akan menjadi lebih buruk seperti kesalahan mendedahkan keaibannya yang sedia tersembunyi atau kesalahan berzina dengan hamba perempuannya.
Dalam keadaan tersebut dia hendaklah berlembut dan melakukan kebaikan kepada orang tersebut, kemudian dia memohon kemaafan dan meminta halal secara umum sahaja. Selebihnya dia mesti melakukan kebaikan bagi menebus kezaliman tersebut pada hari kiamat.
Demikian juga jika orang yang dizaliminya itu telah meninggal dunia. Tiada apa yang mampu dilakukannya lagi untuk meminta kemaafannya selain dari memperbanyakkan amal kebaikan sebagai bekalan untuk proses mengambil alih kebaikannya kepada orang yang dizaliminya itu pada hari kiamat. Dia tidak akan berjaya sehinggalah kebaikannya (selepas proses pengambil alihan berlaku) masih mengatasi kesalahannya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment