Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 26: Taubat, Syarat, Rukun dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Tahap-Tahap Hamba Dalam Bertaubat
Sub Tajuk: Peringkat 3 dan Peringkat 4
Halaman Rujukan Kitab : 463
Nota Mudarasah:
Peringkat kedua
Seorang yang mampu komited dalam melakukan kewajipan dan meninggalkan dosa-dosa besar tetapi masih tidak mampu untuk mengawal dirinya dari melakukan beberapa kesalahan yang biasa dilakukannya. Dia melakukannya secara tidak sengaja tetapi sebenarnya dia diuji dengan perkara-perkara sedemikian dalam kehidupannya. Walaupun demikian, dia tidak pernah berazam untuk melakukan perkara-perkara tersebut.
Setiap kali dia melakukan kesalahan tersebut, dia akan mencela dirinya, menyesal dan berazam untuk menjauhi punca-punca penyebabnya. Nafsu sebegini dinamakan dengan nafsu lawwamah (yang mencela diri), kerana ia akan mencela tuannya setiap kali melakukan kesalahan. Dia juga berada pada martabat yang tinggi. walaupun terkebawah sedikit dari orang pertama tadi.
Inilah fenomena yang biasa berlaku pada kebanyakan orang yang bertaubat kerana kejahatan sudah sebati dengan jiwa manusia. Jarang sekali yang dapat membebaskan diri darinya. Matlamat utama dari usahanya itu ialah menjadikan kebaikannya melebihi kejahatan, sehingga timbangan amal kebaikannya lebih berat. Untuk mengharapkan bebas sepenuhnya dari dosa adalah suatu yang sukar.
Golongan seperti ini dijanjikan dengan balasan yang baik di sisi Allah Taala sebagaimana dalam firman-Nya:
الذين يجتنبون كبير الإثم والفواحش إلا اللهم إن ربك واسع المغفرة
(Iaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya.

Nabi S.A.W pernah memberi isyarat kepada golongan sebegini dengan sabda baginda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah kasihkan orang-orang yang melakukan dosa yang bertaubat.⁵⁶⁸"
568 Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam kitab Zawaid Al-Musnad', 605 dan 810 dari hadis Ali r.a.. Pada sanadnya terdapat Abu Abdullah az-Zari dan Abu Amru Al-Bajli (nama sebenarnya Ubaidah Bin Abdul Rahman) yang tidak dikenali. Ibnu Hibban mengatakan bahawa kita tidak boleh berhujah dengannya kerana daya kebolehpercayaannya (thiqah) adalah diragui. Demikian juga Abdul Malik Bin Sufian al-Thaqafi yang tidak dikenali.
Peringkat ketiga
Seorang yang bertaubat dan terus komited dengannya dalam beberapa tempoh tertentu, tetapi kemudiannya runtunan nafsunya kembali menguasainya dan menjadikannya kembali melakukan beberapa dosa. Pada masa yang sama, dia masih melakukan amalan ketaatan dan meninggalkan sebahagian dosa lain walaupun dia mampu lakukannya dan menghadapi godaan nafsunya sendiri.
Hakikatnya dia hanya gagal untuk mengawal satu atau dua runtunan nafsu dan dia berharap agar Tuhan memberinya kekuatan untuk menghapuskan kesemuanya dan menyelamatkannya dari kejahatan godaan tersebut. Dalam keadaan demikian, setiap kali selesai melakukan dosa, dia akan menyesal terhadap apa yang berlaku dan segera bertaubat dari dosa tersebut. Jiwa sebegini dinamakan al-Mas'ulah.
Inilah golongan yang telah disifatkan Allah Taala:
وء اخرون اعترفوا بذنوبهم خلطواعملًاصلعا وءاخر سيئا
Dan sebahagian yang lain mengakui akan dosanya, mereka telah mencampuradukkan amalan salih dan buruk.

Keadaan ini disebabkan dia sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah Taala dan merasa benci terhadap kesalahan yang dilakukannya serta berharap supaya diampunkan dosa-dosanya sepertimana firman-Nya:
عسى الله أن يتوب عليهم
Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka.
Kesudahannya, dia masih berada dalam keadaan berisiko tinggi jika sering menangguhkan taubat dan lalai menangani godaan nafsu. Dia mungkin akan mati sebelum sempat bertaubat. Setiap amalan akan dinilai berdasarkan kesudahannya. Oleh sebab itu, dia perlu merasa bimbang dengan kesudahan hidupnya. Setiap gerak nafasnya boleh berhubung engan maut pada bila-bila masa sahaja dan ketika itu dia akan mati. Oleh itu dia hendaklah sentiasa mengawasi pada setiap kali gerak nafasnya dan berwaspada dari terjerumus melakukan perkara-perkara yang ditegah.
Peringkat keempat
Seorang yang bertaubat dan hanya mampu istiqamah buat seketika waktu sahaja, kemudian kembali bergelumang dengan dosa-dosa tanpa terlintas di hatinya untuk kembali bertaubat. Dia tidak merasa bersalah terhadap apa yang dilakukan. Dia tergolong di kalangan mereka yang melakukan dosa secara berterusan. Nafsu ini dinamakan 'ammarah bissu' (mendorong kepada perbuatan jahat). Mereka yang dikuasai oleh nafsu seperti ini dibimbangi akan mati dalam kesudahan yang buruk (suul khatimah).
Sekiranya dia mati dalam keadaan masih mengesakan Allah Taala, diharapkan dia akan terlepas dari azab api neraka walaupun selepas tempoh masa tertentu. Tidak mustahil dia akan tergolong di kalangan yang diampunkan kerana suatu sebab tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah. Tetapi mengharapkan pengampunan yang sebegini adalah suatu yang tidak sesuai. Seorang yang berkata: Allah Taala Maha Mulia dan gedung pengampunan-Nya amat luas.
Maksiat yang aku lakukan ini tidak akan memudaratkannya". Kemudian, kamu melihatnya belayar mencari harta. Jika dikatakan kepadanya: Apabila Allah Taala itu bersifat mulia, kamu duduk sahajalah di rumah agar Allah memberikan rezeki kepada kamu di sana, nescaya dia menganggap orang yang berkata demikian sebagai jahil. Dan dia pasti berkata bahawa rezeki hanya diperolehi dengan usaha. Lalu dijawab kepadanya: Demikian juga pembebasan dari api neraka, ia hanya diperolehi dengan taqwa.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

(An-Najm: 32).

(At-Taubah: 102)

No comments:
Post a Comment