Friday, 5 November 2021

SIRI 166 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 26: Taubat, Syarat, Rukun dan Segala Yang Berkaitan Dengannya

Tajuk Mudarasah: Penawar Bagi Taubat Dan Jalan Untuk Merawat Dosa Yang Dilakukan Secara Berterusan (Bahagian 2)
Sub Tajuk: Apakah Yang Perlu Dilakukan Seorang Yang Memberi Nasihat?

Halaman Rujukan Kitab : 468

Nota Mudarasah:

Jika ditanya: Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang yang memberi nasihat?.

Jawabnya: Terlalu banyak, tetapi kita merujuk kepada beberapa tindakan berfaedah yang perlu dilakukan iaitu empat perkara:

i. Dia perlu membaca ayat-ayat al-Quran, hadis dan pelbagai riwayat yang menggerunkan berkenaan balasan orang yang berdosa, ditambah dengan puji-pujian kepada orang yang bertaubat.

ii. Membacakan kisah para nabi a.s. dan salafussoleh yang melakukan beberapa kesalahan, seperti kisah nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari Syurga kerana kesilapannnya, apa yang berlaku kepada Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Yusof a.s.. Semua ini dinyatakan dalam al-Quran untuk diambil pengajaran darinya.

Perlu dinyatakan bahawa mereka semua (nabi-nabi dan para salafussoleh) amat gembira apabila dapat merawat segala kesalahan mereka. Sebaliknya orang yang jahat pula dibiarkan oleh Allah sehingga dosa mereka makin bertambah. Oleh kerana azab di akhirat adalah amat pedih, cerita-cerita sebegini perlu kerap diperdengarkan kerana ia akan membangkitkan motivasi diri untuk bertaubat.

iii. Dia hendaklah menegaskan kepada mereka bahawa kebarangkalian disegerakan azab di dunia adalah perkara yang bukan mustahil. Semua musibah yang menimpa manusia adalah kerana kesalahan yang dilakukannya. Oleh kerana kejahilan seseorang, dia memandang mudah urusan akhirat semata-mata takutkan balasan duniawi. Mungkin balasan terhadap sesuatu dosa akan disegerakan ketika di dunia lagi, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:


1 Riwayat Imam Ahmad (5/277), (280) & (282), Ibnu Hibban (1090), al-Hakim (1/493), Ibnu Majah (4022) dan at-Tohawi di dalam kitab Musykalul Aathar (4/169). Al-Albani menyebut dalam kitab Silsilah al-Ahadith as-Sahihah bahawa sanad hadis ini terputus (munqati') dan ada yang tidak diketahui.

Fudhail bin 'lyadh berkata: Sesungguhnya apabila aku melakukan sesuatu kesalahan kepada Allah, aku dapat merasakan melalui perilaku keldai dan khadamku.

Abu Sulaiman ad-Darani berkata: Mimpi sehingga berjana juga merupakan satu hukuman. Dan tidaklah seseorang terlepas daripada solat berjamaah melainkan disebabkan dosa yang dilakukannya.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment