Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 27: Sabar Dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Sabar
Sub Tajuk: Pembahagian Sifat Sabar
Halaman Rujukan Kitab : 476
Mudarasah berlangsung pada minit ke 4:38
Nota Mudarasah:
Kedua: Aspek jiwa (nafsani). Iaitu bersabar dari melakukan perkara-perkara yang menyelerakan kehendak hawa nafsu. Sabar sebegini ada beberapa jenis iaitu:
i. Sabar terhadap tuntutan nafsu perut dan syahwat seksual. Ia dikenali dengan iffah (membersihkan diri dari perkara keji dan tidak bermaruah).
ii. Sabar dalam peperangan yang dinamakan keberanian.
iii. Sabar menahan marah yang dinamakan lemah-lembut.
iv. Sabar menghadapi perkara yang membosankan yang dinamakan si'atus sadr (berlapang dada).
v. Sabar dalam menyembunyikan sesuata perkara yang dinamakan kitmanus sirr (menyimpan rahsia).
vi. Sabar terhadap kemewahan hidup yang dikenali dengan zuhud.
vii. Sabar dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah yang dinamakan gana ah (berpada dan reda dengan pemberian Allah). Apabila disebut perkataan sabar, ia amat sinonim dengan sabar terhadap musibah. Walau bagaimanapun kita telah nyata kan bahawa kebanyakan akhlak yang mencerminkan keimanan, berada dalam sifat sabar. Cuma namanya berbeza kerana perbezaan sebabnya sebagaimana yang telah disebutkan di atas. Semua manusia perlu bersabar pada setiap masa. Ini kerana setiap perkara yang dilakukan, tidak terlepas dari dua perkara:
Pertama: Apa yang bertepatan dengan kehendak nafsunya seperti sihat, selamat, harta, kedudukan, kaum kerabat dan pengikut serta segala keseronokan dunia. Seseorang hamba perlu bersabar dalam menghadapinya agar dia tidak cenderung dan bergelumang dalam keseronokannya. Di samping dapat menjaga hak Allah Taala pada hartanya dengan membelanjakannya ke arah kebaikan dan menggunakan nikmat badannya dengan menolong kebenaran.
Apabila dia tidak dapat mengawal dirinya dari terjerumus ke lembah keseronokan dunia, dia akan terdorong untuk menjadi seorang yang takabur dan melampaui batas dalam segala tindakannya. Ini menyebabkan sebahagian 'arifin ada mengatakam bahawa: Orang mukmin mampu bersabar terhadap sesuatu musibah, tetapi mungkin tidak mampu bersabar dalam menghadap kesenangan melainkan orang yang benar imannya kepada Allah (siddiqin).
Abdul Rahman bin 'Auf berkata: Apabila kami diuji dengan kesusahan, kami dapat bersabar, tetapi apabila diuji denga kesenangan kami tidak mampu bersabar menghadapinya. Keran itulah Allah Taala menyatakan:
لا تلهكر أمولكم ولا أولدكم عن ذكر الله
Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya).
واعلموا أنما أمولكم وأولدكم فتنة
Dan ketahuilah bahawa harta benda dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian...
إن من أزوجكم وأولدكم عدوا لكم فأحذروهم
Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.
Seseorang itu dianggap kuat dan hebat apabila dia dapat bersabar dalam menghadapi kesenangan. Sabar dalam situasi ini mempunyai hubung kait dengan sifat syukur. Ia tidak akan sempurna melainkan dengan menunaikan hak-hak bersyukur. Sabar ketika berhadapan dengan kesenangan adalah terlalu sukar, kerana ia disertai dengan qudrat (kemampuan untuk melakukan apa yang diingini). Orang yang lapar lebih mampu bersabar ketika ketiadaan makanan berbanding ketika dihidangkan dengan makanan yang lazat-lazat.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

(Al-Munafiqun: 9)
Dan ketahuilah bahawa harta benda dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian...
(Al-Anfal: 28)
Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.
(At-Taghabun: 14)
Seseorang itu dianggap kuat dan hebat apabila dia dapat bersabar dalam menghadapi kesenangan. Sabar dalam situasi ini mempunyai hubung kait dengan sifat syukur. Ia tidak akan sempurna melainkan dengan menunaikan hak-hak bersyukur. Sabar ketika berhadapan dengan kesenangan adalah terlalu sukar, kerana ia disertai dengan qudrat (kemampuan untuk melakukan apa yang diingini). Orang yang lapar lebih mampu bersabar ketika ketiadaan makanan berbanding ketika dihidangkan dengan makanan yang lazat-lazat.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
No comments:
Post a Comment