Saturday, 13 November 2021

SIRI 174 - SABAR Bahagian 5


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 27: Sabar Dan Syukur

Tajuk Mudarasah: Sabar
Sub Tajuk: Panduan Rasulullah s.a.w Berkaitan Sabar

Halaman Rujukan Kitab : 480

Mudarasah berlangsung SECARA LANGSUNG PADA 6:45

Nota Mudarasah:

ولين صبرتم لهو خير للميرين
Dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar.
(An-Nahl: 126)


Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sabar itu ada tiga bahagian: Sabar terhadap musibah, sabar dalam melakukan ketaatan dan sabar dari melaku kan maksiat. Sesiapa yang bersabar terhadap musibah yang melanda sehingga dia mampu menghadapinya dengan penuh kesabaran, Allah akan mencatatkan baginya tiga ratus darjat, jarak antara satu darjat itu ialah seperti langit dan bumi. Orang yang sabar dalam melakukan ketaatan, dicatatkan baginya enam ratus darjat, jarak antara satu darjat dengan darjat yang lain seperti jarak perut bumi dengan 'arash. Sesiapa yang sabar terhadap maksiat, akan dicatatkan baginya sebanyak sembilan ratus darjat. Jarak antara satu darjat itu seperti jarak dua kali ganda antara perut bumi dengan 'arash.¹

Hadis-hadis yang menyatakan berkenaan kelebihan sabar terlalu banyak. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.ha.:

ما من مصيبة تصيب المسلم إلا كفر الله بها عنه، حتى الشوكة يشاكها
Tidak ada satu musibah yang menimpa seorang muslim itu walaupun duri yang mengenainya, melainkan Allah mengampunkan dosanya.²


Dalam hadis lain:

ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها، إلا كفر الله بها من خطاياه


__________________________________________________
1 Riwayat Ibnu Abi Dunia dalam kita Fadhl as-Sabr, Abu Syeikh dalam kitab at-Thawab dan ad-Dailami dalam kitab al-Firdaus daripada Ali r.a.. Ini adalah hadis maudhu' (palsu). Lihat Faidul Qadir (4/235).
2 Riwayat al-Bukhari (10/89) dan Muslim (2572).

__________________________________________________

Seseorang muslim yang ditimpa sesuatu kesakitan, kepenatan, dukacita, kegelisahan, kesedihan, atau duri yang mengenainya, akan diampunkan dosa-dosanya oleh Allah.¹


Dalam hadis lain pula menyebut:

لا يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة، في جسده وأهله وماله، حتى يلقى الله عز وجل وما عليه خطيئة
Sesuatu ujian sentiasa akan menimpa seorang mukmin atau mukminah sama ada pada badannya, hartanya atau anaknya sehinggalah dia bertemu dengan Allah Taala dalam keadaan tidak ada dosa.²


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqas r.a., beliau bertanya kepada Rasululah s.a.w.: Siapakah yang lebih teruk ujiannya?. Baginda menjawab maksudnya:

Para nabi, seterusnya orang soleh, kemudian orang yang terbaik di kalangan manusia dan begitulah seterusnya. Seseorang itu diuji berdasarkan agamanya. Jika pegangan agamanya kuat, ujiannya akan bertambah dan begitulah sebaliknya. Seseorang itu akan terus diuji sehinggalah dia berjalan di bumi ini tanpa sebarang dosa.

At-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini hadis hasan sahih.

Dalam hadis Qudsi, Allah Taala berfirman maksudnya:

Jika Aku menguji salah seorang hamba-Ku dengan satu musibah pada badan, harta atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar, Aku merasa malu untuk me nimbang amalannya di hari kiamat atau membentangkan kitab amalannya.³

__________________________________________________
1 Riwayat al-Bukhari (10/91), Muslim (2573) dan at-Tirmizi (966.)
2 Riwayat Ahmad (2/285, 450), at-Tirmizi (2401), al-Hakim (1/346) dan al Baghawi (1436) daripada Abu Hurairah r.a. dengan sanad hasan (yang baik).
3 Riwayat Ibnu 'Adiy dalam kitab al-Kamil, ad-Dailami dalam kitab Musnad Firdaus dan al-Hakim, at-Tirmizi dalam dalam kitab an-Nawadir daripada Anas bin Malik r.a.. Sanadnya daif sebagaimana yang dinyatakan oleh al Hafiz al-Iraqi dalam kitab al-Mughni.

__________________________________________________

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:

Post a Comment