Tuesday, 8 February 2022

SIRI 261 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan

Tajuk Mudarasah: Pengertian Cinta Allah Taala Terhadap Seseorang Hamba Dan Tanda-Tanda Cinta Seorang Hamba Kepada Allah
Sub Tajuk: Kecintaan Seorang Hamba Terhadap Allah Taala.

Halaman Rujukan Kitab : 613

Nota Mudarasah:

Setiap orang boleh mendakwa dia mencintai Allah. Alangkah mudahnya lidah menuturkan kata-kata sedangkan makna perkataan itu (cintakan Allah) adalah amat sukar untuk dilaksana. Tidak sepatutnya manusia terpedaya dengan godaan syaitan dan menipu diri sendiri dengan dakwaan tersebut, selagi mana dia belum mengujinya dengan beberapa tanda dan mengemukakan bukti-buktinya. Antara tanda-tanda kecintaan (mahabbah) seorang hamba kepada Allah ialah:

i- Amat rindu untuk bertemu dengan Allah di dalam syurga.

Apabila hati seseorang sudah terpaut terhadap kekasihnya. sudah tentu dia rindu untuk bertemu dan melihat kekasihnya itu. Perasaan ini tidak berlawanan dengan naluri manusia yang takutkan mati. Orang yang beriman takut kepada mati tetapi meyakini bahawa selepas mati dia akan bertemu dengan Allah.

kepada Allah adalah lema atau diri mereka masih diselubungi perasaan cintakan dunia, atau mungkin kerana melihat dosa mereka lalu ingin meneruskan kehidupan untuk bertaubat.

Sebahagian mereka merasakan diri mereka masih di permulaan maqam mahabbah, lalu bimbang ajal mereka datang sebelum membuat persediaan secukupnya untuk bertemu dengan Allah Taala. Seumpama seorang yang bercinta mendapat tahu bahawa kekasihnya akan datang bertemu dengannya. Ketika itu tentu dia berharap kekasihnya itu datang lewat sedikit agar dia sempat menghias rumah dan menyediakan segala keperluannya agar nanti dia dapat bertemu dengan kekasihnya dalam keadaan seperti yang dia inginkan dengan hati yang lapang dan tanpa memikul sebarang bebanan. Bencikan mati dalam keadaan begini (kerana mahu lebih bersedia) tidak menafikan kesempurnaan cinta. Tanda-tanda orang yang sebegini ialah sentiasa tekun dalam amalan dan menumpukan sepenuh perhatian membuat persediaan.

ii- Lebih mengutamakan apa sahaja yang disukai oleh Allah dari apa yang dia sukai sama ada dari sudut zahir atau batin.

Justeru, dia menjauhkan diri daripada mengikut hawa nafsu dan sifat malas. Dia juga sentiasa beramal dengan penuh komitmen dan mendekatkan diri dengan ibadat-ibadat sunat.

Sesiapa yang mencintai Allah, dia tidak akan menderhakai-Nya. Walau bagaimanapun, penderhakaan itu sendiri bukanlah bererti seseorang itu langsung tidak mencintai Allah tetapi ia mencacatkan kecintaannya itu. Berapa ramai manusia sukakan badan yang sihat tetapi masih memakan sesuatu yang boleh membawa mudarat. Ini kerana makrifat ini kadang kala menjadi lemah sehingga diri dikuasai oleh nafsu. Ini menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan hak-hak mahabbah mereka kepada Allah.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment