Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 2: Adat Kebiasaan
Bab 9: Perkahwinan: Adab-Adab Dan Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Mukaddimah
Halaman Rujukan Kitab : 117
Nota Mudarasah:
Ulamak bersepakat bahawa hukum berkahwin adalah sunat¹⁷¹. la mempunyai banyak kelebihan dan faedah.
171 Bahkan sebahagian mereka berpendapat hukumnya adalah wajib. Ini berdalilkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Wahai sekalian orang muda, sesiapa di kalangan kamu yang berkemampuan, hendaklah dia berkahwin - Hadis riwayat al-Bukhari (4/106), Muslim (1400), Abu Daud (2046), at-Tirmizi (1081) dan an-Nasaie (4/169) daripada Ibnu Mas'ud r.a.. Mereka berkata: Ini adalah perintah. Dan perintah membawa makna wajib kecuali ada dalil lain yang menyatakan ia tidak bermaksud demikian. Dan di sini tidak ada dalil sedemikian. Oleh itu ia kekal dengan hukum wajib.
Antara faedahnya ialah:
i. Anak. Tujuan perkahwinan ialah mengekalkan keturunan. Sesiapa yang melakukannya, dia akan memperolehi cinta Allah kerana berusaha mengekalkan keturunan manusia. Dia juga akan memperolehi cinta Rasulullah s.a.w. kerana dapat meramaikan umat baginda yang menyebabkan baginda berbangga dengannya kelak. Melalui anak, dia boleh mengharapkan keberkatan doa anak yang soleh atau syafaat sekiranya dia mati semasa kecilnya.
ii. Dapat memelihara diri dari godaan syaitan dengan menolak segala kehendak dan dorongan nafsu. Ia dapat menenangkan jiwa dan menjinakkannya melalui pergaulan dengan isteri.
iii. Dapat menenangkan hati dari memikirkan tentang urusan rumah dan kerja-kerja yang membebankannya seperti memasak, menyapu, membersih bekas-bekas dan menyediakan keperluan hidup. Jika berseorangan, sudah tentu seseorang itu sukar untuk melakukannya. Jika dia mengurus kerja-kerja rumah tersebut, dia akan menghabiskan banyak masanya di situ dan tidak berpeluang untuk mencari ilmu dan mengerjakan amalan. Justeru, isteri solehah akan dapat membantunya dalam perkara agama dengan melakukan kerja kerja tersebut. Ini kerana jika perkara-perkara tersebut tidak dapat dilakukan dengan sempurna, ia pasti mengganggu dan meresahkan hati.
iv. Membantunya bermujahadah melawan nafsu dan melatihnya dengan sifat tanggungjawab dan kepimpinan. Begitu juga mendidiknya dalam menunaikan hak-hak ahli keluarga serta bersifat sabar dalam menghadapi tingkah laku dan karenah mereka yang menyakitkan. Di samping itu, dia berusaha memperbaiki dan membimbing mereka ke jalan agama, bekerja bersungguh-sungguh mencari rezeki halal untuk mereka dan bertanggungjawab mendidik anak-anak. Semua perkara tersebut mengandungi kelebihan yang sangat besar. Ini kerana ia adalah tanggungjawab dan tugas kepimpinan. Orang yang bimbang berlaku kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawabnya sudah pasti akan bersikap berhati-hati dan mengambil berat terhadapnya. Ketahanan menghadapi penderitaan dan bersabar kerana mendidik keluarga dan anak adalah sama kedudukannya dengan jihad pada jalan Allah Taala.
Muslim meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
دِينَارٌ أًنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَفْضَلُهَا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
Antara dinar yang kamu belanjakannya pada jalan Allah, dinar yang kamu belanjakan untuk membebaskan hamba, dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin dan dinar yang kamu belanjakannya untuk keluargamu, maka yang paling afdal ialah dinar yang kamu belanjakan untuk keluarga kamu.¹⁷²
172 Riwayat Muslim (995) daripada Abu Hurairah r.a.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment