Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Kitab: Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin
Bab Mukaddimah: Penerangan Mudarasah dan Mukaddimah Pentahqiq
Tajuk Mudarasah: Pengenalan Mudarasah dan Mukaddimah Pentahqiq
Halaman Rujukan Kitab : xv
Nota Mudarasah:
Pengenalan mudarasah.
Segala puji dipanjatkan kepada Allah. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan dan memohon keampunan dari-Nya. Kami berlindung dengan-Nya daripada segala kejahatan diri dan perbuatan kami. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah, pasti tidak akan disesatkan dan sesiapa yang Dia sesatkan, tiada siapa yang dapat memberikan hidayah kepadanya lagi. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah; Dia Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan Allah.
Allah s.w.t. berfirman:
إِنَّ عِبَادِى لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَـٰنٌ
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman dengan ikhlas), tiada engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya)
Apabila musuh Allah iaitu iblis mengetahui bahawa Allah Taala dak akan membiarkan hamba-hambaNya mudah dikuasai olehnya, lis lalu berkata sebagaimana dalam firman Allah:
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (82) إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِينَ (83)
Iblis berkata: Demu kekuasaan-Mu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu - di antara zuriat-zuriat Adam itu - yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan (golongan yang ikhlas).
Kemudian Allah Taala berfirman:
قوَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُۥ فَٱتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقًا مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ (20) وَمَا كَانَ لَهُۥ عَلَيْهِم مِّن سُلْطَـٰنٍ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يُؤْمِنُ بِٱلْـَٔاخِرَةِ مِمَّنْ هُوَ مِنْهَا فِى شَكٍّ
Dan sesungguhnya iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya). Dan sememangnya tiadalah bagi iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya.
Allah s.w.t. tidak akan membenarkan musuh-Nya itu dapat menguasai hamba-hamba-Nya yang beriman. Mereka sentiasa berada dalam jagaan dan pemeliharaan-Nya. Sekiranya syaitan dapat meragut seseorang daripada mereka seumpama pencuri yang dapat mencuri daripada orang yang cuai, itu adalah lumrah yang biasa berlaku kerana seseorang hamba sentiasa diuji dengan kecuaian, nafsu syahwat dan perasaan marah.
Syaitan dapat masuk ke dalam diri seseorang hamba melalui salah satu daripada tiga pintu tersebut. Sekiranya dia telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memelihara dirinya, dia tetap tidak terlepas daripada syaitan kerana kelalaian, nafsu dan marah akan sentiasa berlaku kepada manusia.
Bapa kepada manusia iaitu Nabi Adam a.s. merupakan seorang yang paling lemah lembut, kuat akalnya dan paling cekal di kalangan manusia. Namun begitu, syaitan berjaya memperdayakannya sebagaimana peristiwa yang berlaku kepadanya itu (yang sama sama kita telah maklumi). Inikan pula manusia lain yang jika dibandingkan dengan akal Adam a.s. adalah umpama air ludah dalam lautan.
Namun, musuh Allah ini tidak akan berjaya menguasai seseorang mukmin melainkan ketika terlalai dan dalam keadaan dia tidak menyedarinya (mencuri masuk secara tiba-tiba dan tidak disangka). Ketika itu syaitan akan berjaya merosakkannya (dengan melakukan maksiat) sehingga mukmin tersebut menyangka bahawadia tidak akan dapat menghadap Allah (dalam keadaan mendapat rahmat dan keampunan-Nya) serta menyangka bahawa perbuatan tersebut telah membinasakannya. Sedangkan kurniaan Allah. rahmat dan keampunan-Nya sentiasa ada di sebalik semua itu.
Apabila Allah s.w.t. menghendaki kebaikan kepada seseorang hamba-Nya, Dia akan membuka kepadanya pintu-pintu taubat, penyesalan, perasaan hina diri, sentiasa berhajat dan meminta pertolongan daripada-Nya serta benar-benar kembali kepada-Nya, sentiasa merendah diri, berdoa dan menghampirkan diri kepada-Nya.
Semua ini merupakan antara amalan-amalan hati yang kebanyakan manusia sukar untuk memahami dan mengenalinya. Oleh itu ia sangat perlu diperjelaskan dan dibongkar segala rahsianya sehingga dapat memudahkan seseorang hamba menuju kepada Tuhannya, memasuki dan menyelami hakikatnya.
Kitab yang sedang berada di hadapan pembaca ini merupakan satu manhaj (metode) yang benar bagi mereka yang ingin melalui jalan hamba-hamba Allah yang benar dan ikhlas dalam ibadat dan ketaatan mereka.
Kami kemukakannya kepada saudara-saudara pembaca dalam keadaan ianya telah dibuat semakan (tahqiq) secara ilmiyah agar dapat memaksimakan manfaat dan faedahnya.
Kepada Allah jualah kami memohon agar ia akan memberi manfaat kepada seluruh orang Islam dan mengurniakan ganjaran Nya kepada penulis, panel penyemak dan penganalisa, penyebar serta pembacanya. Sesungguhnya Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Menerima.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sahajalah dapat disempurnakan amal-amal yang soleh.
Ditulis oleh:
Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali Az-Zarqa', Jordan
Hari Isnin: 15 Jamadil Akhir 1406H.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab Mukaddimah: Penerangan Mudarasah dan Mukaddimah Pentahqiq
Tajuk Mudarasah: Pengenalan Mudarasah dan Mukaddimah Pentahqiq
Halaman Rujukan Kitab : xv
Nota Mudarasah:
Pengenalan mudarasah.
Segala puji dipanjatkan kepada Allah. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan dan memohon keampunan dari-Nya. Kami berlindung dengan-Nya daripada segala kejahatan diri dan perbuatan kami. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah, pasti tidak akan disesatkan dan sesiapa yang Dia sesatkan, tiada siapa yang dapat memberikan hidayah kepadanya lagi. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah; Dia Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan Allah.
Allah s.w.t. berfirman:
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman dengan ikhlas), tiada engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya)
( Al-Hijr : 42 )
Apabila musuh Allah iaitu iblis mengetahui bahawa Allah Taala dak akan membiarkan hamba-hambaNya mudah dikuasai olehnya, lis lalu berkata sebagaimana dalam firman Allah:
Iblis berkata: Demu kekuasaan-Mu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu - di antara zuriat-zuriat Adam itu - yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan (golongan yang ikhlas).
( Sod : 82 - 83 )
Kemudian Allah Taala berfirman:
Dan sesungguhnya iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya). Dan sememangnya tiadalah bagi iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya.
( Saba : 20 - 21 )
Allah s.w.t. tidak akan membenarkan musuh-Nya itu dapat menguasai hamba-hamba-Nya yang beriman. Mereka sentiasa berada dalam jagaan dan pemeliharaan-Nya. Sekiranya syaitan dapat meragut seseorang daripada mereka seumpama pencuri yang dapat mencuri daripada orang yang cuai, itu adalah lumrah yang biasa berlaku kerana seseorang hamba sentiasa diuji dengan kecuaian, nafsu syahwat dan perasaan marah.
Syaitan dapat masuk ke dalam diri seseorang hamba melalui salah satu daripada tiga pintu tersebut. Sekiranya dia telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memelihara dirinya, dia tetap tidak terlepas daripada syaitan kerana kelalaian, nafsu dan marah akan sentiasa berlaku kepada manusia.
Bapa kepada manusia iaitu Nabi Adam a.s. merupakan seorang yang paling lemah lembut, kuat akalnya dan paling cekal di kalangan manusia. Namun begitu, syaitan berjaya memperdayakannya sebagaimana peristiwa yang berlaku kepadanya itu (yang sama sama kita telah maklumi). Inikan pula manusia lain yang jika dibandingkan dengan akal Adam a.s. adalah umpama air ludah dalam lautan.
Namun, musuh Allah ini tidak akan berjaya menguasai seseorang mukmin melainkan ketika terlalai dan dalam keadaan dia tidak menyedarinya (mencuri masuk secara tiba-tiba dan tidak disangka). Ketika itu syaitan akan berjaya merosakkannya (dengan melakukan maksiat) sehingga mukmin tersebut menyangka bahawadia tidak akan dapat menghadap Allah (dalam keadaan mendapat rahmat dan keampunan-Nya) serta menyangka bahawa perbuatan tersebut telah membinasakannya. Sedangkan kurniaan Allah. rahmat dan keampunan-Nya sentiasa ada di sebalik semua itu.
Apabila Allah s.w.t. menghendaki kebaikan kepada seseorang hamba-Nya, Dia akan membuka kepadanya pintu-pintu taubat, penyesalan, perasaan hina diri, sentiasa berhajat dan meminta pertolongan daripada-Nya serta benar-benar kembali kepada-Nya, sentiasa merendah diri, berdoa dan menghampirkan diri kepada-Nya.
Semua ini merupakan antara amalan-amalan hati yang kebanyakan manusia sukar untuk memahami dan mengenalinya. Oleh itu ia sangat perlu diperjelaskan dan dibongkar segala rahsianya sehingga dapat memudahkan seseorang hamba menuju kepada Tuhannya, memasuki dan menyelami hakikatnya.
Kitab yang sedang berada di hadapan pembaca ini merupakan satu manhaj (metode) yang benar bagi mereka yang ingin melalui jalan hamba-hamba Allah yang benar dan ikhlas dalam ibadat dan ketaatan mereka.
Kami kemukakannya kepada saudara-saudara pembaca dalam keadaan ianya telah dibuat semakan (tahqiq) secara ilmiyah agar dapat memaksimakan manfaat dan faedahnya.
Kepada Allah jualah kami memohon agar ia akan memberi manfaat kepada seluruh orang Islam dan mengurniakan ganjaran Nya kepada penulis, panel penyemak dan penganalisa, penyebar serta pembacanya. Sesungguhnya Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Menerima.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sahajalah dapat disempurnakan amal-amal yang soleh.
Ditulis oleh:
Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali Az-Zarqa', Jordan
Hari Isnin: 15 Jamadil Akhir 1406H.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment