Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 17: Keajaiban Hati
Tajuk Mudarasah: Hasutan Iblis Dalam Hati Manusia
Halaman Rujukan Kitab : 253
Nota Mudarasah:
Hati merupakan anggota paling mulia yang berada dalam diri manusia. Hatilah yang akan mengenali Allah Taala, beramal kerana-Nya, kembali dan mendekatkan diri kepada-Nya serta meneliti apa yang ada di sisi-Nya. Manakala anggota badan yang lain hanyalah pengikut dan khadam-khadam yang diperintah oleh hati sepertimana raja memerintah hamba-hambanya.
Siapa yang mengenali hatinya, dia akan mengenali Tuhannya. Kebanyakan manusia tidak mengenali hati dan diri mereka sendiri. Justeru, Allah menghalang antara seseorang dengan hatinya sehingga dia terhalang dari mengenali Allah dan bermuraqabah³³⁷ terhadap-Nya. Mengenali hati serta sifat-sifatnya adalah tunjang agama dan asas kepada orang yang ingin mengikuti jalan menuju kepada Allah s.w.t.
337 Merasai dan menjiwai bahawa Allah sentiasa melihat dan mengawasi segala perbuatannya di mana sahaja dia berada.
Hasutan Iblis dalam Hati Manusia
Hati mengikut fitrah asalnya boleh menerima hidayah. Oleh kerana hati juga dibekalkan dengan hawa nafsu dan syahwat, ia menjadi tersasar dan menyimpang dari hidayat tersebut. Pertembungan dan tolak-menolak antara tentera malaikat dengan tentera syaitan sentiasa berlaku di dalam hati sehinggalah pintu hati terbuka untuk menerima salah satu sahaja antara keduanya, lalu ia akan menetap dan tenang di situ. Ketika itu, pencerobohan tentera lawan terhadap hati hanya berlaku secara menyelinap atau mencuri masuk sepertimana yang difirmankan oleh Allah Taala:
مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ
Dan kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam
Ayat ini membawa maksud: Syaitan akan bersembunyi mengundurkan diri apabila seseorang itu mengingati Allah s.w.t., tetapi ia amat senang hati apabila seseorang itu melupakan Allah. Kuncu-kuncu syaitan dalam hati hanya dapat dihalau jika seseorang itu berzikir mengingati Allah Taala kerana mereka tidak akan menetap dengan tenang dalam keadaan tersebut.
Hati adalah umpama sebuah kubu. Syaitan merupakan musuh yang sentiasa ingin memasuki dan menawannya. Mempertahankan kubu itu ialah dengan mengawal pintu masuknya. Orang yang tidak mengetahui pintu-pintu ini, tentu tidak akan dapat mengawalnya. Oleh itu, mempertahankan hati dari syaitan ialah dengan mengenali pintu-pintu masuknya ke dalam hati.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

( An-Nass : 4 )

No comments:
Post a Comment