Sunday, 30 May 2021

SIRI 8 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati

Tajuk Mudarasah: Fasal 1: Kelebihan Akhlak Baik Dan Kehinaan Akhlak Buruk

Halaman Rujukan Kitab : 260

Nota Mudarasah:

Bab ini akan dibincangkan dalam beberapa fasal.

Ketahuilah bahawa akhlak mulia merupakan sifat para nabi dan golongan as-siddiqin³⁴². Manakala akhlak buruk pula adalah racun yang membunuh, yang menyebabkan tuannya menjadi rakan kongsi di jalan syaitan. Di samping itu ia juga merupakan penyakit-penyakit hati yang akan menghilangkan peluangnya untuk mendapat kehormatan dan kebesaran yang abadi. Seseorang muslim hendaklah mengetahui penyakit-penyakit itu dan seterusnya berusaha keras untuk merawatnya. Di sini, kita akan paparkan beberapa jenis penyakit dan cara merawatnya secara ringkas kerana ia dirasakan sudah cukup untuk menjelaskan hakikatnya, Insya Allah.
342 Golongan yang benar imannya kepada Allah dan Rasul-Nya

Fasal 1: Kelebihan Akhlak Baik dan Kehinaan Akhlak Buruk

Perkara ini telah disebutkan sedikit dalam bab adab-adab persahabatan dahulu (Bab 11).

Kebanyakan manusia bercakap mengenai akhlak yang baik dengan mengupas berkenaan kesan atau hasilnya, bukannya menyentuh intipati akhlak tersebut. Begitupun, mereka tidak menghuraikan kesan-kesan atau hasil akhlak ini secara menyeluruh tetapi sekadar yang terlintas di fikiran mereka sahaja.

Bagi mengupas perkara ini, perlu dinyatakan di sini bahawa biasanya akhlak yang mulia disebut bersama dengan rupa paras yang baik. Inilah yang banyak digunakan. Maka disebut: Si fulan itu baik rupa (khalk) dan akhlaknya (khulk). Rupa adalah gambaran luaran manakala akik adalah gambaran dalaman Ini keran manusia terdiri daripada jasad dan rah (zahir dan batin)

Jasad dapat dilihat melalui mata kasar manakala roh atau jiwa pula dilihat melaista hati. Setiap sata mempunyai ropa bentuk dan gambaran tersendiri sama ada elok ataupun burak Jowa yang dilihat melalui mata hati mempunyai kedudukan yang lebih istimewa daripada jasad yang dapat dilihat melalui mata kasar. Oleh sebab itulah. Allah swt. telah memulia dan membesarkan perihalnya melalui firman-Nya
إِنِّى خَـٰلِقٌۢ بَشَرًا مِّن طِينٍ (71) فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِ
(Ingatlah peristiwa) ketika Tuhan-Mu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah, Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya serta Aku tiupkan padannya roh dari (ciptaan) Ku.
( As-Sod : 71 - 72 )

Di sini, Allah mengingatkan manusia bahawa jasad itu dikaitkan dengan tanah sedangkan roh dikaitkan kepada Allah. Oleh itu akhlak ialah suatu keadaan atau aspek yang sebati dalam jiwa yang menghasilkan perilaku dengan spontan dan mudah tanpa perlu berfikir dan meneliti terlebih dahulu. Jika perilaku itu baik, ia dinamakan akhlak mulia dan jika sebaliknya in dinamakan akhlak buruk.

Sesetengah manusia yang dikuasai sifat malas berusaha lalu menganggap bahawa latihan pembersihan jiwa adalah satu kerja yang berat, telah mendakwa bahawa akhlak tidak mungkin dapat diubah seperti juga bentuk fizikal yang tidak boleh diubah.

Jawapan kepada mereka: Jika akhlak tidak boleh diubah. bermakna segala nasihat dan pesanan itu tidak memberi apa-apa erti dan faedah. Bagaimana kamu mendakwa akhlak tidak boleh diubah sedangkan kita sama-sama dapat menyaksikan bagaimana binatang buas boleh dijinakkan, anjing boleh diajar tidak membaham binatang buruan dan kuda mampu dilatih dengan cara berjalan yang menarik serta mematuhi segala arahan tuannya?. Apa yang berlaku ialah sebahagian dari tabiat dan perangai mudah dibaiki dan sebahagian yang lain amat sukar.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment