Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati
Tajuk Mudarasah: Didikan Awal Kepada Kanak-kanak
Halaman Rujukan Kitab : 276
Nota Mudarasah:
Anak sepatutnya dikawal semenjak kecil lagi. Antara langkah langkah pendidikannya ialah:
i. Carilah pengasuh dan ibu susu (jika perlu) dari kalangan wanita solehah yang beramal dengan ajaran agama dan mengambil berat tentang makanan (yang hanya memakan makanan yang halal) kerana susu yang terhasil dari sumber yang haram tiada keberkatannya. Apabila ada tanda-tanda kematangan (mumayyiz) iaitu dimulai dengan adanya perasaan malu, maka itulah tanda kecerdasan yang memberi berita baik tentang kesempurnaan akalnya ketika baligh nanti. Perasaan malu ini memainkan peranan penting dalam proses pendidikannya.
ii. Sifat pertama yang mula menguasai kanak-kanak ialah lahap terhadap makanan. Oleh itu dia mestilah diajar dengan adab adab makan. Sesekali, dia mesti dilatih dengan memakan roti sahaja tanpa kuah atau lauk agar dia tidak begitu intim dengan lauk sehingga timbul pada anggapannya bahawa makan roti itu semestinya dengan berlauk. Kanak-kanak juga hendaklah diberi gambaran buruk tentang tabiat banyak makan dengan diumpamakan sikap itu seperti tabiat binatang-binatang.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment