Friday, 11 June 2021

SIRI 20 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati

Tajuk Mudarasah: Didikan Awal Kepada Kanak-kanak

Halaman Rujukan Kitab : 275

Nota Mudarasah:

Didikan Awal Kepada Kanak-kanak

Anak merupakan amanah kepada ibubapanya. Hatinya adalah permata yang masih polos (tidak bercorak) yang boleh menerima sebarang bentuk ukiran. Sekiranya diasuh dengan kebaikan dia akan membesar dalam aturan yang baik. Ibubapa dan pendidiknya akan sama-sama mendapat pahala. Sekiranya dia diasuh dengan kejahatan, dia akan membesar di atas prinsip yang jahat dan dosa itu akan ditanggung oleh orang yang menjaganya.

Oleh kerana itu dia hendaklah dijaga, diasuh dan dididik dengan akhlak yang baik. Dia hendaklah dijauhkan dari kawan-kawan yang jahat dan tidak boleh membiasakan dirinya dengan bermacam keseronokan. Begitu juga jangan menyuanya dengan segala macam bentuk kemewahan kerana setelah dewasa, dia akan menghabiskan umurnya dengan mencari perkara-perkara sedemikian.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment