Thursday, 17 June 2021

SIRI 26 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati

Tajuk Mudarasah: Didikan Awal Kepada Kanak-Kanak

Halaman Rujukan Kitab : 277

Nota Mudarasah:

vii. Kanak-kanak juga hendaklah dilatih supaya berjalan, bergerak dan bersenam agar tidak dihinggapi penyakit malas.

viii. Kanak-kanak juga hendaklah dilarang berbangga-bangga terhadap rakan-rakan sebayanya dengan sebab sesuatu kelebihan yang dimiliki bapanya atau kerana keistimewaan makanan dan pakaiannya. Latihlah dirinya dengan sifat rendah diri dan hormat kepada orang yang bergaul dengannya.

ix. Kanak-kanak hendaklah dilarang mengambil sesuatu dari rakan sebaya yang lain dan dia hendaklah diajar bahawa tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

x. Kanak-kanak juga hendaklah ditunjukkan rasa jelek terhadap sifat cintakan emas dan perak (mata duitan).

xi. Kanak-kanak hendaklah dididik agar tidak berludah di tempat duduknya, tidak membuang hingus, menguap atau menyilangkan kaki di hadapan orang lain. Dia juga hendaklah dilarang dari banyak bercakap. Dia hendaklah diasuh agar jangan bercakap kecuali ketika menjawab pertanyaan dan mendengar dengan baik apa yang diperkatakan oleh orang lain yang lebih tua darinya.

xii. Kanak-kanak juga mestilah diasuh supaya bangun menghormati orang yang lebih tua darinya dan mengadap ke arahnya ketika duduk (jangan membelakanginya).

xiii. Kanak-kanak juga mestilah dilarang dari bercakap keji atau bergaul dengan orang yang melakukannya. Asas utama untuk menjaga anak-anak (dari terlibat dengan sesuatu perkara yang tidak diingini) ialah menghindarkan mereka dari bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment