Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati
Tajuk Mudarasah: Didikan Awal Kepada Kanak-Kanak
Halaman Rujukan Kitab : 278
Nota Mudarasah:
xiv. Setelah keluar dari tempat belajar (tamat waktu belajar) adalah wajar diberikan peluang kepada anak-anak untuk bermain-main dengan permainan yang baik agar mereka dapat berehat selepas penat menerima tunjuk ajar. Pepatah Arab ada menyebut: Berikan kerehatan kepada hati, nescaya ia akan mudah menerima tunjuk ajar.
xv. Kanak-kanak juga hendaklah diajar mentaati dan menghormati ibubapa dan guru mereka.
xvi. Apabila umur mencapai tujuh tahun, mereka hendaklah disuruh bersembahyang. Jangan bertolak ansur dalam masalah bersuci agar mereka dapat membiasakan diri dengannya. Mereka juga hendaklah ditakutkan (dengan akibat buruk yang akan lahir) dari sifat bohong dan khianat. Apabila hampir baligh, mereka perlu diberi tugas dan tanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara-perkara tersebut.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment