Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 18: Latihan Jiwa, Mendidik Akhlak Dan Cara Merawat Penyakit Hati
Tajuk Mudarasah: Syarat-syarat Asuhan Jiwa
Halaman Rujukan Kitab : 279
Nota Mudarasah:
Barangsiapa yang dapat melihat akhirat melalui pandangan hati yang penuh yakin, tentu dia menjadi orang yang amat merinduinya dan bersikap zuhud kepada dunia. Orang yang memiliki biji-biji manik tiba-tiba dia menemui permata yang berharga, tentu dia tidak lagi berminat kepada manik-manik tadi. Sekiranya diminta: Juallah manik-manik itu dengan permata ini, tentu dia serta merta akan menjualnya.
Orang yang diberi kesedaran oleh Allah Taala tentang perkara itu mestilah memenuhi syarat yang diperlukan terlebih dahulu bagi melalui proses latihan jiwa. Dia juga mestilah mempunyai tempat bernaung (rujukan) dan benteng yang kukuh.
Syarat yang perlu dipenuhi itu ialah membuang segala halangan dengan cara meninggalkan segala dosa. Tempat rujukan pula ialah guru yang memandunya ke jalan yang betul agar dia tidak disambar oleh syaitan yang akan membawanya ke jalan-jalan yang lain. Manakala bentengnya ialah berkhalwat³⁵⁹ dengan Allah s.w.t.. Tugasnya ketika itu ialah melawan hawa nafsunya, banyak mengingati Allah dan bersederhana dalam wirid-wirid (seperti sembahyang sunat, berpuasa, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya).
359 Namun ia bukan dari amalan ulamak salaf. Untuk mengetahui asas, dasar dan perkembangannya, lihatlah kitab karangan Muhammad Fahar Syaqofah yang berjudul: At-Tasawwuf Bainal Haq Wal Khalqi (ms/167-171).
Di kemuncak latihan tersebut, dia akan mendapati hatinya sentiasa bersama dengan Allah Taala. Ini hanya akan muncul jika dia mengosongkan hatinya dari mengingati yang lain dari-Nya. Dan hatinya tidak akan benar-benar kosong melainkan dengan mujahadah yang berterusan Pengasingan diri itu hendaklah memakan tempoh dan usaha yang lama. Inilah jalan latihan dan didikan jiwa secara beransur-ansur. Huraian dan penjelasan lebih lanjut tentang latihan pada setiap sifat, akan datang dalam bab-bab seterusnya, insya Allah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment