Monday, 28 June 2021

SIRI 37 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 20: Penyakit Lidah

Tajuk Mudarasah: Bercakap Perkara Yang Batil

Halaman Rujukan Kitab : 287

Nota Mudarasah:

Iaitu percakapan dalam perkara maksiat seperti bercerita tentang tempat-tempat arak dan majlis-majlis orang fasik.

Perkara batil itu ada bermacam jenis. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

372 Riwayat al-Bukhari (11/266) dan Muslim (2988).

Perkara yang hampir serupa dengan itu ialah bertegang (urat) leher dan bertelingkah serta memburuk-burukkan pandangan orang lain dengan tujuan mendedahkan kesilapan orang tersebut dan mengalahkannya. Punca berlaku semua perkara ini ialah rasa tinggi diri.

Setiap manusia hendaklah mencegah kemungkaran yang berlaku dalam tutur kata dan menerangkan perkara yang sebenar. Jika dia dapat menerimanya, teruskan dengan memberi nasihat tetapi jika dia tidak menerimanya, jangan pula sampai berlaku pertengkaran. Ini sekiranya perkara tersebut berkaitan dengan agama. Dalam urusan dunia pula, tidak ada sebab untuk bertengkar kerananya. Rawatan bagi penyakit ini ialah memecahkan perasaan ego dan takabur yang mendorong diri untuk menunjukkan kelebihan kepada orang lain. Perang mulut dan pertelingkahan sebenarnya akan membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu permusuhan.

Nabi s.a.w. bersabda:

373 Riwayat al-Bukhari (13/158), Muslim (2668), at-Tirmizi (2980) dan an Nasaie (8/247) daripada Aisyah r.ha..

Permusuhan yang dimaksudkan di sini ialah dengan kebatilan atau kejahilan. Walaupun seseorang itu di pihak yang benar, dia hendaklah berusaha semampu yang boleh bagi mengelak kan daripada berlakunya permusuhan. Sebenarnya permusuhan boleh membangkitkan kemarahan dan melahirkan perasaan dengki sehingga ke tahap menyentuh maruah orang lain.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment