Sunday, 27 June 2021

SIRI 36 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 20: Penyakit Lidah

Tajuk Mudarasah: Penyakit Percakapan

Halaman Rujukan Kitab : 287

Nota Mudarasah:

Kesedaran inilah yang memberikan kekuatan kepada seseorang untuk menahan lidahnya dari bercakap perkara yang tidak berfaedah. Orang yang melupai Allah Taala kerana sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah, seumpama seorang yang mampu mengambil permata di hadapannya tiba-tiba dia hanya mengambil tanah-tanah liat. Itu satu kerugian usia yang amat besar.

Dalam satu hadis sahih, Nabi s.a.w. bersabda:

370 Riwayat at-Tirmizi (2318), Ibnu Majah (3976), al-Baghawi (4123) daripada Abu Hurairah r.a.. Pada sanadnya ada sedikit kelemahan tetapi ia dikuatkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Malik (2/470) daripada Ali bin Husain, iaitu sebuah hadis Mursal dengan sanad yang sahih. Dalam bab ini terdapat pelbagai riwayat. Masing-masing daripada Abu Dzar, Abu Bakar dan juga Ali bin Abu Talib r.hm.

Lukman al-Hakim pernah ditanya: Apakah kemuncak kebijaksanaanmu? Lalu beliau menjawab: Aku tidak memohon kepada Allah apa yang telah cukup untukku (dari perkara duniawi) dan aku tidak bercakap perkara yang tidak berkenaan denganku.

Ada riwayat menyatakan bahawa pada satu hari beliau³⁷¹ masuk berjumpa nabi Daud a.s. yang sedang memasang bahagian bahagian baju besi. Beliau merasa kagum lalu ingin bertanya. Namun kebijaksanaannya telah menghalangnya berbuat demikian. Apabila nabi Daud selesai, baginda bangun lalu memakai baju tersebut sambil berkata: Sebaik-baik baju besi ialah yang digunakan untuk peperangan. Lukman berkata: (Benarlah), diam itu merupakan kebijaksanaan tetapi hanya sedikit orang yang mengamalkannya.
371 Iaitu Lukman al-Hakim

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment