Wednesday, 30 June 2021

SIRI 39 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 20: Penyakit Lidah

Tajuk Mudarasah: Penyakit Percakapan

Halaman Rujukan Kitab : 289

Nota Mudarasah:

4. Kata-kata Kotor, Caci-maki, Kesat dan Seumpamanya

Semua jenis kata-kata ini adalah tercela dan dilarang kerana ia berpunca dari hati yang busuk dan hina.

Dalam sebuah hadis ada disebutkan:

375 Al-Hafiz Iraqi menyatakan dalam kitab al-Mughni (3/121): Hadis ini riwayat an-Nasaie dalam kitab al-Kubra Fit Tafsir. Ia juga diriwayatkan oleh al Hakim dan dia mengesahkan kesahihan hadis ini daripada Abdullah bin Umar ra.. Juga riwayat Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah r.a..

Dan juga sabdanya yang bermaksud:
Syurga itu diharamkan kepada orang yang melakukan perkara keji.³⁷⁶
376 Hadis riwayat Ibnu Abu Dunia dalam kitab as-Somt dan Abu Naim dalam kitab al-Hilyah. Sanadnya lemah sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qodir (3/363).

Terdapat hadis lain menyebut:

377 Riwayat at-Tirmizi (1978), Ahmad (3839), Ibnu Hibban (48) dan al-Bukhari dalam kitab Adabul Mufrad (312) daripada Ibnu Mas'ud r.a. dengan sanad yang sohih.

Ketahuilah bahawa bercakap kotor dan kesat adalah ungkapan yang diluahkan secara jelas (tanpa sindiran) tentang perkara yang dianggap keji dan jelek. Kebanyakannya berlaku semasa bercerita berkenaan persetubuhan dan yang berkaitan dengannya. Orang ya baik akan sentiasa menjauhkan diri mereka dari menggunakan perkataan sebegini dan (jika perlu), mereka hanya membuat kiasan sahaja dan tidak secara terus terang. Antara penyakit lidah yang termasuk dalam konteks ini juga ialah nyanyian. Huraian berkenaannya telah disebut dalam tajuk yang terdahulu.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment