Thursday, 1 July 2021

SIRI 40 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 20: Penyakit Lidah

Tajuk Mudarasah: Penyakit Percakapan

Halaman Rujukan Kitab : 290

Nota Mudarasah:

5. Bergurau-senda

Jika dilakukan secara ringan, sedikit dan ianya dalam perkara yang benar, maka tidaklah dilarang. Nabi s.a.w. pernah bergurau tetapi baginda hanya bercakap perkara yang benar. Contohnya, baginda pernah berkata kepada seorang lelaki:

378 Riwayat at-Tirmizi dalam Sunannya (1993) dan kitab as-Syamail (200), Abu Daud dalam kitab Adab (5002) dan Ahmad (3/117) daripada Anas r.a.. Pada sanadnya terdapat kelemahan tetapi diperkuatkan dengan riwayat yang lain daripada at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (662), juga daripada Anas r.a..

Kepada seorang yang lain, baginda berkata:

379 Riwayat at-Tirmizi dalam kitab Sunannya (1992) dan kitab as-Syamail serta riwayat Ahmad (3/267) daripada Anas r.a. dengan sanad yang sahih.

Baginda juga pernah bergurau dengan seorang perempuan tua dengan berkata yang bermaksud:
Orang tua tidak akan memasuki syurga.³⁸⁰
380 Riwayat at-Tirmizi dalam kitab as-Syamail (205) daripada al-Hasan r.a. secara mursal. As-Suyuti menyebutnya dalam kitab ad-Durrul Manthur (6/158) dan menambah nasab hadis ini kepada Abdullah bin Hamid, Ibnu Munzir dan al-Baihaqi dalam kitab al-Ba'th. Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam as-Sya'b dan at-Tobrani dalam al Ausot daripada Aisyah r.ha.. Al-Iraqi dalam kitab Takhrijul Ihya' (3/129) telah menasabkannya kepada Ibnul Jauzi menerusi kitabnya al-Wafa', melalui riwayat daripada Anas r.a.. Ia adalah hadis hasan sebagaimana yang diputuskan oleh Syeikh Albani dalam kitab Ghayatul Muram (375).

Kemudian baru Nabi s.a.w. membaca firman Allah:


Sabda baginda s.a.w. lagi kepada seorang perempuan yang lain yang bermaksud:
Adakah suamimu lelaki yang di matanya ada keputihan itu?³⁸¹
381 Al-Iraqi menyatakan dalam kitab Takhrijul Ihya' (3/129): Hadis ini adalah riwayat az-Zubair bin Bakar dalam kitab al-Fukahah Wal Mizah, diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunia dari Ubaidah bin Saham al-Fihri dengan beberapa perbezaan. Pendapatku: Dia tidak pernah menceritakan berkenaan sanad hadis ini. Dalam al-Ithaf (7/195) menyebut: Riwayat Abdullah bin Sahm.

Jumhur ulamak bersepakat bahawa gurauan Nabi s.a.w. mempunyai tiga unsur:

i. Dalam perkara yang benar.

ii. Gurauan bersama perempuan, kanak-kanak dan dengan orang yang perlu dibimbing di kalangan mereka yang lemah.

Orang yang sentiasa ingin bergurau senda, sebenarnya tidak boleh berhujah dengan gurauan Rasulullah s.a.w. ini. Hukum perkara yang jarang berlaku tidak sama dengan perkara yang dilakukan secara berterusan. Jika seseorang itu sering kali mengikuti dan melihat permainan orang-orang Habsyah tanpa mengira malam dan siang, lalu berhujah bahawa Nabi s.a.w. pun pernah melakukannya bersama-sama dengan Aisyah r.ha.³⁸², sebenarnya dia telah silap. Ini kerana perbuatan Rasulullah s.a.w. itu jarang dilakukannya. Gurau senda yang melampau dan berterusan adalah dilarang kerana ia akan menjatuhkan kehormatan diri serta boleh menimbulkan kemarahan dan hasad dengki. Gurauan ringan pula dibolehkan sebagaimana gurauan Nabi s.a.w. kerana ia mendatangkan kegembiraan dan ketenangan jiwa.
382 Riwayat al-Bukhari (2/366), Muslim (892), an-Nasie (3-195) daripada Aisyah r.ha.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment