Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 20: Penyakit Lidah
Tajuk Mudarasah: Tidak Boleh Bertanya Tentang Sifat Allah Azzawajalla
Halaman Rujukan Kitab : 309
Nota Mudarasah:
Tidak Boleh Bertanya Tentang Sifat Allah Azzawajalla.
Antara penyakit yang berlaku di kalangan orang awam (masyarakat yang tidak mempunyai ilmu dan tiada kemampuan untuk mencari dalil dan bukti) ialah sering bertanya dan menyoal tentang sifat dan kalam Allah Taala.
Ketahuilah bahawa syaitan membayangkan kepada orang awam bahawa; Jika kamu membicarakan perkara ini, kamu akan tergolong di kalangan ulamak dan orang yang mempunyai kelebihan. Syaitan berterusan menggodanya sehingga dia menuturkan kata-kata yang membawa kepada kekufuran sedangkan dia tidak menyedarinya.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Hampir-hampirlah manusia bertanya sehingga mereka berkata: Allah yang menciptakan makhluk, tetapi siapakah pula yang menciptakan Allah?.⁴¹²
412 Riwayat al-Bukhari (6/240), Muslim (135) dan Abu Daud (4721) daripada Abu Hurairah r.a..
Pertanyaan orang awam berkenaan ilmu yang rumit sebegini merupakan penyakit yang paling besar. Mencari makna sifat sifat Allah pula akan membawa lebih banyak kerosakan daripada kebaikan. Mereka sebenarnya hanya wajib menerima dan mempercayainya sahaja. Lebih baik jika orang awam beriman sepenuhnya dengan apa yang ada dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. tanpa perlu kepada perbahasan, di samping menumpukan perhatian melaksanakan ibadat. Ini kerana. kesibukan mereka untuk mengkaji segala rahsia ilmu tersebut adalah ibarat haiwan-haiwan yang melata secara bebas, mencari rahsia-rahsia Kerajaan Allah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment