Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 20: Penyakit Lidah
Tajuk Mudarasah: Salah Guna Perkataan Dalam Perkara Yang Menyentuh Agama, Terutama Yang Berkaitan Dengan Allah S.W.T.
Halaman Rujukan Kitab : 307
Nota Mudarasah:
12. Salahguna Perkataan dalam Perkara yang Menyentuh Agama, Terutama yang Berkaitan dengan Allah s.w.t.
Untuk menggunakan lafaz kata-kata yang tepat, hanya ulamak yang fasih (fusoha')⁴⁰⁵ sahaja yang boleh melakukannya. Sesiapa yang kurang dari segi ilmu atau fasohah⁴⁰⁶, percakapannya tidak akan terselamat dari kesilapan, namun Allah mengampuninya kerana jahilnya⁴⁰⁷.
405 Iaitu ulamak yang mahir dalam bahasa Arab khususnya ilmu al-Bayan dalam pengajian Ilmu Balaghah.
406 Iaitu satu bab yang dipelajari dalam ilmu al-Bayan ketika mempelajari Ilmu Balaghah. Sesiapa yang menguasainya, percakapannya akan terpelihara daripada ungkapan-ungkapan yang mengelirukan dan juga susunan bahasa yang boleh menyimpang dari maksudnya yang sebenar -pent.
407 Kaedah ini amat penting. Walaupun begitu, dia akan dihitung kerana kecuaiannya dalam menuntut ilmu yang benar dan kecuaiannya dalam mengenali Allah Taala.
Contohnya: Sabda Nabi s.a.w.:

408 Riwayat Abu Daud (4980), at-Tohawi dalam kitab Masyakilul Athar (1/90), al-Baihaqi (3/216) dan Ahmad (5/384) daripada Huzaifah r.a. dengan sanad yang sahih.
Alasannya ialah kata penyambung (dan) membawa maksud sekutu dan persamaan (sedangkan Allah tidak sama dengan makhluk-Nya). Begitu juga Nabi menegur khatib yang berkhutbah dengan berkata: Sesiapa yang menderhakai kedua-duanya, maka sesungguhnya dia telah sesat. Sabda baginda:
Hendaklah dia berkata: Sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya.⁴⁰⁹
409 Riwayat Muslim (3/12), Abu Daud (1/172), an-Nasaie (2/79), al-Baihaqi (3/216) dan Ahmad (4/256, 379) daripada Adiy bin Hatim r.a..
Sabda Nabi s.a.w. lagi:

410 Riwayat al-Bukhari (5/129), Muslim (2249) dan Abu Daud (4975) daripada Abu Hurairah r.a..
An-Nakhaie berkata: Apabila seorang lelaki berkata kepada lelaki lain: Wahai keldai!, wahai babi!, pada hari kiamat dia akan ditempelak oleh Allah: Adakah kamu dapati bahawa Aku telah menciptanya sebagai seekor keldai atau seekor babi?
Contoh ini dan seumpamanya termasuk dalam kategori salah guna perkataan yang tidak terhitung banyaknya.
Siapa yang memerhatikan semua penyakit lidah yang kami paparkan ini, pasti akan mengetahui bahawa dia tidak akan selamat apabila lidahnya bertutur atau bercakap. Ketika itu dia menyedari rahsia di sebalik sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Sesiapa yang diam, dia selamat.⁴¹¹
411 Riwayat at-Tirmizi (2618), Ahmad (6481), Ibnu Mubarak dalam az-Zuhd (385), Ibnu Wahab dalam kitab al-Jami' (49), at-Tobrani dalam kitab al Kabir (m/s 17), Abu Syeikh dalam kitab a-Amthal (207) dan al-Qudho ie dalam kitab Musnad as-Syihab (334) daripada Abu Hurairah r.a. dan ia adalah hadis sahih.
Kerana semua penyakit ini adalah perkara yang membinasakan orang yang bercakap. Oleh itu sekiranya dia mendiamkan diri, dia pasti akan terselamat dari bencana tersebut.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment