Wednesday, 21 July 2021

SIRI 59 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Berkenaan Marah

Halaman Rujukan Kitab: 311

Nota Mudarasah:

Kemarahan merupakan satu nyalaan api (yang akan marak membakar). Ketika marah, manusia seolah-olah seperti syaitan yang berasal daripada api di mana syaitan sendiri pernah berkata:


Tabiat kejadian tanah adalah diam dan tenang sedangkan api tabiatnya membakar, menyala, bergerak dan marak.

Antara kesan dari sifat marah ialah timbulnya perasaan dendam dan hasad dengki. Dalil yang menunjukkan Nabi s.a.w. mencela sifat marah ialah hadis di mana seorang lelaki telah berkata kepada baginda: Berilah pesanan kepadaku. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:


Lelaki itu mengulangi permintaannya beberapa kali tetapi baginda tetap mengatakan: Jangan kamu marah.⁴¹³
413 Riwayat al-Bukhari (10/431) dan at-Tirmizi (2021) daripada Abu Hurairah r.a..

Dalam hadis lain, Ibnu Umar r.a. telah bertanya Nabi s.a.w.. Apakah yang boleh menjauhkan aku dari kemurkaan Allah Azzawajalla? Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Jangan kamu marah.⁴¹⁴
414 Al-Iraqi menyatakan dalam kitab al-Mughni (3/165) bahawa Abu Ya'la meriwayatkan hadis sepertinya dengan sanad yang Hasan.

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda:

415 Riwayat al-Bukhari (10/431), Muslim (2609) dan Malik (2/906).

Diriwayatkan daripada Ikrimah berkenaan dengan firman Allah Taala:


Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment