Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Berkenaan Marah
Halaman Rujukan Kitab : 312
Nota Mudarasah:
Diriwayatkan bahawa Zulkarnain telah bertemu dengan salah satu malaikat lalu berkata kepadanya: Ajarkan kepadaku satu ilmu yang dapat menambahkan iman dan keyakinanku. Malaikat itu berkata: Jangan kamu marah kerana ketika itulah peluang yang paling mudah untuk syaitan menguasai seseorang manusia. Lawanlah kemarahanmu dengan tindakan mengekangnya dan tenangkannya dengan sifat berhati-hati. Jauhkan dirimu dari sikap terburu-buru kerana jika kamu terburu-buru, kamu akan terlepas dari habuanmu. Jadilah orang yang mudah dan peramah terhadap orang yang dekat (kaum kerabat) dan jauh, dan jangan menjadi orang yang sombong dan degil.
Diriwayatkan lagi kepada kami bahawa iblis terkutuk telah menjelma kepada Nabi Musa a.s. lalu berkata kepadanya: Wahai Musa, awas kamu dari sikap bengis kerana aku boleh mempermainkan-mainkan orang yang bengis sepertimana kanak kanak bermain bola. Jauhilah perempuan kerana perangkap yang paling aku percayai (paling berkesan dalam mempengaruhi manusia) ialah perangkap yang aku pasang melalui perempuan. Jauhilah sifat bakhil kerana dengannya aku boleh membinasakan dunia dan akhirat seseorang.
Pernah dikatakan bahawa: Takutilah sifat marah kerana ia akan merosakkan iman sepertimana as-sobir⁴¹⁶ merosakkan madu. Sifat marah adalah musuh kepada akal.
416 Jus dari sejenis pokok berduri di padang pasir. Rasanya sangat pahit-pent.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment