Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Sikap Penyantun
Halaman Rujukan Kitab : 320
Nota Mudarasah:
Pada satu hari, seorang lelaki telah memaki-maki Ibnu Abbas r.a.. Apabila dia selesai, Ibnu Abbas pun berkata: Wahai Ikrimah! Tolong lihat adakah lelaki ini perlukan apa-apa yang boleh kita bantunya?. Mendengarkannya, lelaki itu pun menundukkan kepalanya kerana malu.
Seorang lelaki telah menuturkan kata-kata yang keras sehingga didengari oleh Muawiyah. Dikatakan kepadanya: Bagaimana kalau kamu menghukumnya (kerana kata-katanya itu).Lalu Muawiyah berkata: Sesungguhnya aku berasa sungguh malu jika sifat penyantunku menjadi kurang semata-mata kerana dosa seorang rakyatku. Muawiyah telah membahagi-bahagikan permaidani yang diperbuat daripada kulit. Salah satu darinya dihantar kepada seorang lelaki tua di Damsyik, namun orang tua itu tidak menyukainya. Disebabkan tidak berpuashati, dia bersumpah akan memukul kepala Muawiyah. Dia kemudiannya pergi bertemu Muawiyah dan memberitahunya. Muawiyah berkata kepadanya: Tunaikan nazarmu itu dan berlemah-lembutlah terhadap orang tua ini.
Seorang budak suruhan Abu Dzar datang mengadapnya setelah dia mematahkan kaki kambing kepunyaan Abu Dzar. Abu Dzar bertanya kepadanya: Siapa yang mematahkan kaki kambing ini? Dia berkata: Aku sengaja lakukannya semata-mata untuk menaikkan kemarahanmu lalu kamu memukulku dan kamu akan mendapat dosa. Abu Dzar pun berkata: Aku akan menaikkan kemarahan pihak yang telah mendorong kamu untuk menaikkan kemarahanku (syaitan). Lalu beliaupun memerdekakan hambanya itu.
Seorang lelaki memaki Adiy bin Hatim sedang dia hanya mendiamkan diri sahaja. Apabila dia selesai bercakap, Adiy berkata: Jika kamu masih ada perkara yang kamu mahu luahkannya, sila luahkan segera sebelum pemuda-pemuda kampung ini datang, kerana jika mereka mendengar kamu berkata begitu kepada ketua mereka sendiri, mereka tidak akan rela sama sekali.
Pada satu malam yang gelap, Umar bin Abdul Aziz telah memasuki masjid lalu kakinya terlanggar seorang yang sedang tidur sehingga dia terjaga. Lelaki itu mengangkat kepalanya seraya berkata: Kamu gilakah? Umar menjawab: Tidak. Pengawal Umar bergegas untuk bertindak kepada lelaki yang bercakap kasar itu, lalu Umar berkata: Jangan!. Dia hanya bertanya sama ada aku gila atau tidak, lalu aku jawab: Tidak.
Seorang lelaki telah berjumpa Ali bin Husain r.a. lalu memakinya. Kemudian, hamba-hambanya bangun untuk bertindak ke atasnya. Melihatkan keadaan itu, Ali berkata: Bertenang!. Selepas itu, beliau pergi kepada lelaki itu dan berkata: Sebenarnya keaiban kami yang Allah Taala tutup dari pengetahuan kamu adalah lebih banyak lagi. Adakah kamu mempunyai apa-apa keperluan yang boleh kami tolong? Mendengarkannya, lelaki itu pun merasa malu.
Kemudian Ali memberikannya kain alas bahunya berserta dengan duit seribu dirham. Selepas peristiwa tersebut lelaki itu berkata: Aku mengaku bahawa kamu memang dari keturunan Rasulullah s.a.w..
Seorang lelaki berkata kepada Wahab bin Munabbih: Si fulan telah memaki kamu. Lalu Wahab berkata: Adakah syaitan tidak mempunyai utusan yang lain selain dari kamu?.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment