Tuesday, 27 July 2021

SIRI 65 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Menahan Marah

Halaman Rujukan Kitab : 318

Nota Mudarasah:

Firman Allah Taala:


Merujuk kepada ayat sebelumnya bagi memahami apa yang dinyatakan:


Sifat ini disebut dalam ayat di atas dalam bentuk memuji.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

421 Riwayat Ahmad (3/438), at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (20/188). Pada sanadnya terdapat Ibnu Luhai'ah. Terdapat hadis yang serupa dengan riwayat lain daripada Ahmad (3/440), Abu Daud (4756) dan at-Tirmizi (2090, 2611). Begitu juga riwayat ketiga daripada at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (20/189) dan kitab as-Soghir (2/123). Semua riwayat ini adalah daripada Muaz bin Anas. Ia adalah hadis Hasan.

Dalam riwayat lain Umar r.a. berkata: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala, dia tidak akan bertindak untuk memuaskan nafsu kemarahannya itu. Sesiapa yang takutkan Allah, dia tidak akan melakukan apa saja yang diingininya (tanpa batasan). Kalaulah tidak kerana adanya hari kiamat, nescaya segalanya akan berlainan dari apa yang kamu lihat sekarang (di mana kezaliman akan lebih banyak berlaku).

Sikap Penyantun

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

422 Keratan dari hadis yang panjang riwayat at-Tirmizi (2192), Ahmad (3/61). Sebenarnya, ia adalah hadis daif tetapi ada sanad lain yang menguatkannya iaitu yang diriwayatkan oleh al-Khatib dalam kitab at-Tarikh (9/127) dengan sanad yang hampir dengan tahap hasan. Ia juga mempunyai saksi dari Muawiyah sebagaimana dalam kitab al-Majma' (1/128) dan dari Abu Darda' sebagaimana terdapat dalam kitab al-Mughni (3/176). Lihat kitab Syarah al-Ihya' (8/27).

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Carilah ilmu dan carilah bersama ilmu itu sifat tenang serta penyantun. Berlemah-lembutah kepada orang yang kamu ajari dan orang yang kamu belajar darinya. Janganlah kamu menjadi sebahagian dari kalangan ulamak yang angkuh lalu ketika itu kejahilan akan menguasai kamu.⁴²³
423 Al-Iraqi menyatakan dalam kitab Takhrijul Ihya' (3/176): Ibnu Suni meriwayatkan dalam kitab Riyadotul Muta'allimin dengan sanad yang lemah. Aku berkata: Lihat kitab Syarah al-Ihya' (8/27).

Nabi s.a.w. bersabda kepada Asyajj, hamba kepada Qais⁴²⁴.
424 Dalam cetakan Syamiah: Asyajj bin Qais.

425 Riwayat Muslim (18), at-Tirmizi (2012), an-Nasaie (8/306) dan at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (12969) daripada Ibnu Abbas r.a.. Hafiz Iraqi dalam kitab al-Mughni (3/178) telah menasabkannya kepada riwayat al-Bukhari dan Muslim tetapi pengarang tidak menjumpai hadis ini dalam kitab sahih al-Bukhari. Sila rujuk kembali.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment