Friday, 30 July 2021

SIRI 68 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Sifat Pemaaf Dan Lemah Lembut

Halaman Rujukan Kitab : 322

Nota Mudarasah:

Diriwayatkan bahawa pada hari kiamat ada penyeru yang akan menyeru: Bangkitlah orang yang telah diputuskan ganjarannya oleh Allah?. Pada hari itu, hanya orang yang memaafkan orang yang menzaliminya sahaja yang bangun.

Daripada Anas, katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.⁴²⁸ yang bermaksud:
Allah Taala itu Maha Lemah Lembut dan Dia amat menyukai sifat lemah lembut. Allah akan memberi melalui sikap berlembut apa yang tidak diberikan melalui sikap keras atau kasar.
428 Riwayat at-Tobrani dalam kitab as-Soghir (1/81, 154), al-Bazzar (1961, 1962) dari kitab Kasyful Astaar. Al-Haithami menyatakan dalam kitab al-Majma' (8/18): Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bazzar dan at-Tobrani dalam kitab al-Ausot dan as-Soghir. Salah satu sanad daripada al-Bazzar boleh dipercayai tetapi sebahagian sanadnya yang lain dipertikaikan. Namun begitu hadis ini diperkuatkan dengan hadis berikutnya. Dengan itu ia menjadi hadis hasan. Hadis dalam bab ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Mughaffal r.a..

Terdapat dalam sahih al-Bukhari dan Muslim, hadis riwayat daripada Aisyah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

429 Riwayat Muslim (2593). Ibnu Athir dalam kitab Jamiul Usul (4/532) hanya meriwayatkannya daripada Muslim. Begitu juga Abu Daud (2478, 4808).

Dalam hadis yang lain menyebut:

430 Riwayat Muslim (2592) dan Abu Daud (4809) daripada Jarir bin Abdullah r.a..

Sakit Hati dan Hasad Dengki

Apabila api kemarahan tertahan kerana tidak berdaya untuk meredakannya melalui tindak balas segera pada masa itu (disebabkan kedudukannya lebih rendah dari lawannya), kemarahan tersebut akan terpendam sarat di dalam hatinya lalu bertukar menjadi sakit hati.

Tanda sakit hati ialah dia sentiasa merasa benci terhadap lawannya itu dan rasa tidak selesa serta mahu menjauhinya. Sakit hati adalah hasil daripada perasaan marah, manakala hasad dengki pula adalah natijah daripada perasaan sakit hati.

Az-Zubair bin al-Awwam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

431 Riwayat at-Tirmizi (2/83) dan Ahmad (1/167) daripada az-Zubair bin al Awwam r.a.. Pada sanadnya terdapat lelaki yang tidak diketahui.

Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. bersabda:

432 Riwayat al-Bukhari (4/128), Muslim (8/8, 9), Malik (2/907), Abu Daud (4910) daripada Anas r.a.. Dalam bab ini terdapat juga riwayat daripada Abu Bakrah dan Abu Hurairah r.a..

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda:

433 Riwayat al-Bukhari (4/128), Muslim (8/8, 9), Malik (2/907), Abu Daud (4910) daripada Anas r.a.. Dalam bab ini terdapat juga riwayat daripada Abu Bakrah dan Abu Hurairah r.a..

Nabi s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:
Nanti akan muncul seorang lelaki dari kalangan ahli syurga melalui jalan ini. Sejurus kemudian, seorang lelaki muncul lalu dia ditanya (oleh sahabat-sahabat lain) berkenaan amalannya (yang menyebabkan baginda menyatakannya sebagai ahli syurga). Dia menjawab: Aku tidak pernah terlintas (di hati) untuk menipu atau merasa dengki terhadap mana-mana orang Islam pun kerana kelebihan yang Allah Taala berikan kepadanya.⁴³⁴
434 Riwayat Ahmad (3/166) dan al-Baghawi (3535) daripada Anas r.a. dengan sanad yang sahih,

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment