Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Sebab Berlaku Banyaknya Hasad Dengki
Halaman Rujukan Kitab : 331
Nota Mudarasah:
Perbezaan antara ilmu dan harta kekayaan ialah harta tidak akan jatuh ke tangan seseorang melainkan setelah ia berpindah dari tangan orang lain, sedangkan ilmu tetap teguh di dada ahlinya dan boleh dicurahkan ke dada orang lain melalui tunjuk ajarnya tanpa berlaku perpindahan milik. Sesungguhnya ilmu itu tiada garis penamat baginya.
Sesiapa yang membiasakan dirinya berfikir tentang keagungan dan kebesaran Allah Taala, ia akan menjadi perkara yang paling manis dan lazat dari segala nikmat yang lain. Ini kerana dia tidak akan dihalang dan direbut oleh sesiapa pun. Justeru, hatinya tiada perasaan hasad terhadap sesiapa. Ini kerana jika orang lain juga sepertinya, ia tidak mengurangkan keseronokannya sedikitpun. Sebagaimana yang kamu ketahui sebelum ini bahawa hasad dengki hanya berlaku dalam perkara yang menjadi rebutan dan ia pula tidak boleh dimiliki oleh semua. Oleh kerana itu kamu tidak akan dapati manusia berebut-rebut untuk melihat perhiasan cakerawala di langit kerana langit terlalu luas dan boleh dilihat oleh semua manusia.
Sekiranya kamu kasihankan dirimu, maka kamu carilah satu nikmat yang tidak perlu berebut-rebut (untuk mendapatkannya) dan carilah satu keseronokan atau kelazatan yang tidak akan berkocak keruh (kerana hawa nafsu). Dan tentunya kamu tidak akan temuinya di dunia ini melainkan pada makrifatullah dan mengenali keajaiban kerajaan-Nya. Dan tentunya ia (nikmat dan rasa seronok tadi) juga tidak boleh dicapai sepenuhnya di dalam makrifatmu itu di dunia ini (kerana ia disimpan untuk ganjaran akan datang pada hari kiamat kelak).
Oleh itu, jika kamu masih lagi tidak merasa rindu untuk mengenali Allah Taala dan tidak merasai kemanisannya bahkan keinginan kamu untuk mengenali-Nya pun lemah longlai, kamu sebenarnya bukanlah lelaki sejati kerana makrifat itu hanyalah untuk lelaki yang sejati. Ini kerana perasaan rindu akan muncul setelah adanya rasa dan sesiapa yang tidak merasa, dia tidak akan mengenali. Sesiapa yang tidak mengenali, dia tidak akan merasa rindu. Sesiapa yang tidak merasa rindu, dia tidak akan mencari cari dan sesiapa yang tidak mencari-cari dia tidak akan dapat atau perolehi. Sesiapa yang tidak dapat, dia akan kekal sebagai orang yang bernasib malang,⁴³⁸
438 Lafaz-lafaz ini terlalu rumit dan dibuat-buat. Lebih baik jika ianya tidak dimasukkan oleh pengarang dalam bukunya ini.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment