Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Sebab Berlaku Banyaknya Hasad Dengki
Halaman Rujukan Kitab : 332
Nota Mudarasah:
Hasad dengki adalah antara penyakit hati yang paling besar, Penyakit-penyakit hati hanya boleh diubati dengan ilmu dan amal. Ilmu yang berguna untuk mengatasi penyakit hasad ialah dengan mengetahui hakikat bahawa hasad dengki ini akan membawa mudarat kepada kamu sama ada dalam perkara agama mahupun dunia sedangkan orang yang dihasadkan tiada mudarat sedikitpun bahkan akan mendapat manfaat darinya. Nikmat juga tidak akan hilang dengan sebab dengkimu kepadanya.
Walaupun seandainya kamu tidak mempercayai hari kebangkitan, tetapi jika kamu bijak dan benar-benar waras, kamu tetap akan menjauhi hasad dengki kerana ia menyakitkan hati (mengandungi penderitaan batin) di samping ia langsung tidak berfaedah. Kalau begitulah keadaannya, maka bagaimana pula jika kamu mengetahui bahawa akibat daripada hasad tersebut, kamu akan menghadapi azab seksa pada hari kiamat kelak!?.
Alasan kepada kenyataan bahawa orang yang dihasadkan tidak langsung mendapat mudarat sama ada dalam perkara agama atau dunia bahkan mendapat manfaat pula dari hasad dengkimu kepadanya itu ialah; Nikmat Allah yang telah ditentukan kepadanya tetap berterusan sehingga ke tempoh yang telah ditetapkan-Nya. Hasad dengki kamu itu juga tidak memberi apa-apa mudarat kepadanya pada hari akhirat bahkan dia mendapat manfaat darinya pula kerana dia bukannya orang yang berdosa tetapi dia sebenarnya telah dizalimi oleh kamu, terutamanya apabila hasad dengki kamu itu diterjemahkan melalui perkataan dan perbuatan.
Adapun manfaat yang diperolehinya di dunia ialah apabila berlakunya kekecewaan dan penderitaan di pihak musuh. Ini merupakan antara matlamat terpenting seseorang manusia terhadap musuhnya. Sebenarnya, tiada azab yang besar dan pedih dari perasaan hasad yang kamu tanggung. (Ini bermakna dia telah berjaya kerana kamu adalah musuhnya disebabkan sifat burukmu itu).
Sekiranya diteliti apa yang kami telah sebutkan ini, kamu tentu sedar bahawa dengan hasad dengki, kamu sebenarnya adalah musuh terhadap dirimu sendiri sedangkan sifat hasad itu adalah teman sejati musuhmu. Ibaratnya seperti orang yang melontar batu ke arah musuhnya untuk membunuhnya tetapi batu itu tersasar lalu melantun mengenai mata kanannya menyebabkan ia tercabut. Api kemarahannya semakin menyala lalu dia melontar untuk kali kedua dengan lebih kuat. Namun batu itu juga tersasar dan kembali mengenai mata kirinya lalu membutakannya. Ini menambahkan lagi kemarahannya dan dia melontar sekali lagi tetapi batu tersebut tetap melantun kepadanya dan mengenai kepalanya lalu melukakannya. Semua ini berlaku dalam keadaan musuh di hadapannya selamat sambil ketawa. Ini semua adalah penawar melalui ilmu. Apabila manusia berfikir tentangnya, api kedengkian akan terhapus dan padam dari hatinya.
Merawat hasad dengki dengan amalan pula ialah dengan melakukan perkara yang berlawanan dengan perasaan hasad dengki kamu. Apabila hatimu terdorong untuk sakit hati dan memburuk-burukkan orang yang didengki, kamu hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk memuji-mujinya. Jika dorongannya adalah perasaan takabur, dia hendaklah sentiasa merendah diri. Jika dorongan hatinya agar menghalang orang tersebut dari mendapat kesenangan, dia perlu mendidik dirinya dengan menambahkan lagi kesenangan orang tersebut.
Terdapat di kalangan ulamak salaf yang apabila mereka mengetahui bahawa ada orang yang mengumpat mereka, mereka akan memberikan hadiah kepada orang tersebut. Ini adalah penawar yang amat mujarab untuk mengatasi perasaan hasad tetapi ianya amat pahit untuk ditelan. Untuk memudahkan ia ditelan, kamu hendaklah mengetahui bahawa tidak semua yang kamu mahu itu akan berlaku. Maka terimalah apa yang telah ditakdirkan berlaku.⁴³⁹
439 Ungkapan ini adalah berdasarkan cetakan Syamiah. Dalam cetakan Dahman ungkapannya tidak konsisten yang tidak memberi apa-apa pengertian. Nas yang asal dalam kitab al-Ihya' (3/991) menyebut begini: Tiada jalan untuk melepaskan diri dari kehinaan ini kecuali dengan dua perkara iaitu sama ada akan berlaku apa yang kamu mahukan ataupun kamu mahu apa yang akan berlaku. Perkara pertama adalah urusan Allah dan kamu tidak perlu bersusah payah mengenainya. Perkara yang kedua pula kamu ada jalan usaha. Dan dengan latihan, ia mungkin boleh dihasilkan. Oleh itu, setiap orang yang berakal wajib mengusahakannya.
Ini merupakan ubat atau penawar yang menyeluruh. Wallahu A'lam.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment