Sunday, 8 August 2021

SIRI 77 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 20: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki

Tajuk Mudarasah: Dunia Yang Tercela

Halaman Rujukan Kitab : 335

Nota Mudarasah:

Manakala dalam hadis pula, terdapat dalam sahih al-Bukhari dan Muslim riwayat daripada al-Mustaurid⁴⁴⁰ bin Syaddad katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
440 Dalam cetakan Syamiah: Al-Musawwir. Ini adalah salah dan apa yang betul adalah seperti yang asal.
Perumpamaan dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat adalah seperti seseorang dari kamu mencelup jarinya ke dalam laut, maka lihatlah apakah yang dia dapati darinya?.⁴⁴¹
441 Riwayat Muslim (2858), at-Tirmizi (2324) dan Ibnu Majah (4108). Sebenarnya al-Bukhari tidak meriwayatkan nya sepertimana yang disebutkan oleh pengarang.

Dalam hadis yang lain, baginda s.a.w. bersabda:

442 Riwayat Muslim (2956) dan at-Tirmizi (2325). Kedua-duanya daripada Abu Hurairah r.a..

Baginda s.a.w. juga bersabda:

443 Hadis sahih riwayat at-Tirmizi (2321) dan Ibnu Majah (2410) daripada Sahl bin Saad r.a. dengan sanad yang hasan.

Dalam hadis lain menyebut:

444 Riwayat Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (7/90) daripada Jabir r.a... Sanadnya daif tetapi Ibnu Majah (4112) dan Tirmizi (2323) meriwayatkan hadis yang seumpamanya daripada Abu Hurairah r.a. dengan sanad yang hasan.

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

445 Riwayat Ahmad (4/412), al-Qudo `ie dalam kitab Musnad as-Syihab (418), Ibnu Hibban (2473) dan Al-Hakim (4/308). Al-Haithami menyatakan dalam kitab al-Majma' karangannya (10/249) bahawa semua perawinya adalah dipercayai (thiqah). Az-Zahabi menyatakan dalam ringkasannya: Hadis ini munqoti' (terputus sanad). Al-Munziri dalam kitab at-Targhib (6/17) berkata: Al-Matlab tidak mendengarnya daripada Abu Musa. Aku berkata: Hadis ini daif. Perlu diingatkan di sini bahawa kata-kata al-Haithami berkenaan hadis ini (perawinya adalah thiqah), telah menjadikan beberapa orang terkeliru lalu menganggap kata-katanya itu sebagai sokongan kepada kesahihan hadis tersebut. Sebenarnya bukanlah begitu kerana hadis sahih mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Antaranya: Perawi yang thiqah, ada persambungan antara kesemua perawi dan tiada kecacatan yang boleh melemahkannya. Itulah yang telah ditetapkan dalam bidang ilmu ini. Wallahu A'lam.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment