Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Dunia Yang Tercela (Yang Melalaikan)
Halaman Rujukan Kitab : 337
Nota Mudarasah:
Al-Hasan telah menulis sekeping warkah yang panjang kepada Umar bin Abdul Aziz. Di dalamnya penuh dengan penjelasan berkenaan kehinaan dunia. Antara isi kandungannya:
"Dunia ini adalah tempat perantauan, bukannya tempat tinggal yang kekal. Nabi Adam a.s. diturunkan ke dunia hanyalah sebagai suatu hukuman. Oleh itu berwaspadalah darinya wahai Amirul Mukminin!. Bekalan dari dunia ialah dengan meninggalkannya. Orang kaya yang sebenarnya dalam dunia ini ialah orang yang papa darinya (tidak berhajat kepada dunia). Dunia akan menyebabkan orang yang memuliakannya menjadi hina dan orang yang bernafsu menghimpunkan harta bendanya menjadi papa kedana. Umpama racun yang dimakan oleh orang yang tidak mengetahuinya sedangkan itulah perangkap mautnya.
Berwaspadalah terhadap dunia yang memperdaya dan mempersona lagi mengelirukan ini. Jadilah orang yang paling gembira di dunia dan (di waktu yang sama) paling berwaspada terhadap tipudayanya. Kegembiraan duniawi bercampur baur dengan kesedihan dan kejernihannya pula bercampur aduk dengan kekeruhan. Sekiranya Allah yang Maha Pencipta tidak memberitahu tentangnya atau tidak membuat perbandingan-perbandingan mengenai perkara itu, pasti sudah cukup untuk mengejutkan orang yang tidur dan mengingatkan orang yang lalai. Oleh itu, bagaimana pula (sepatutnya tindakanmu) apabila Allah Taala sendiri telah melarang dan mengingatkan kamu (berkenaan dengan fitnah dunia ini). Dunia ini sebenarnya tidak mempunyai nilai dan timbangan sedikit pun di sisi Allah Taala dan Dia langsung tidak pernah memandang tinggi kepadanya semenjak Dia menciptakannya.
Nabi kita Muhammad s.a.w. pernah ditawarkan untuk me miliki kunci dan khazanah kekayaan duniawi tanpa mengurangkan kedudukan baginda di sisi Allah walaupun sebesar sayap nyamuk. Walau bagaimanapun Nabi tidak menerimanya.⁴⁴⁶ Baginda enggan mencintai sesuatu (dunia) yang dibenci oleh penciptanya sendiri (Allah Taala). Atau memuliakan apa yang dipandang hina oleh pemiliknya.
446 Iraqi menyatakannya dalam kitab al-Mughni (3/212): Riwayat Ibnu Abu Dunia secara mursal. Ahmad dan at-Tobrani meriwayatkan hadis ini dan berkata: Hadis muttasil daripada hadis Abu Muwaihibah. Dipertengahannya ada menyebut: Sesungguhnya aku diberikan dengan khazanah dunia dan kekal diatasnya kemudian Syurga- al- hadis. Sanadnya sahih. Dalam riwayat at-Tirmizi daripada Abu Umamah r.a. ada menyebut: Allah membentangkan kepadaku agar sungai Mekah bertukar rupa menjadi emas..." al-hadis.
Allah Taala telah menjadikan orang yang soleh jauh dari dunia sebagai limpahan rahmat dari-Nya dan Dia membentangkan dunia kepada musuh-musuh-Nya sebagai suatu tipudaya. Dengan itu, adakah orang yang tertipu dan mampu memiliki dunia ini layak untuk menyatakan bahawa mereka telah diberikan kemuliaan dengan kemewahan dunia? Dia telah melupai ujian Allah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda mengikat perut dengan batu kerana menahan lapar.
Demi Allah, hanya orang yang kurang akal dan lemah mindanya sahajalah yang tidak merasa bimbang kalau-kalau dia telah tertipu dengan dunia yang dibentangkan kepadanya. Begitulah juga keadaannya dengan orang yang ditahan dari memilikinya tetapi dia tidak menyedari bahawa sebenarnya dia telah diberikan pilihan yang baik oleh Allah s.w.t.".⁴⁴⁷
447 Iraqi sekali lagi menyatakannya dalam kitab al-Mughni (3/2102): Ibnu Abu Dunia meriwayatkannya secara mursal. Az-Zubaidi menyatakannya dalam kitab Syarah al-Ihya' (8/101): Al-Bukhari meriwayatkannya daripada Jabir dengan lafaz: Baginda berdiri dalam keadaan perutnya dibaluti dengan batu-batu. At-Tirmizi pula meriwayatkannya daripada Anas r.a. dengan lafaz: Kami mengalihkan batu-batu dari perut kami satu persatu sedangkan Rasulullah s.a.w. pula mengangkat dua batu sekali gus. Beliau berkata: Hadis ini hadis ghorib.
Malik bin Dinar berkata: Takutilah ahli sihir yang handal ini - iaitu dunia kerana ia mampu menyihir hati para ulamak.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment