Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Dunia Yang Tercela (Yang Melalaikan)
Halaman Rujukan Kitab : 337
Nota Mudarasah:
Antara perumpamaan ulamak berkenaan dunia ialah kata kata Yunus bin Ubaid: Dunia ibarat seorang lelaki yang tidur lalu dia bermimpi perkara yang disukai dan juga dibencinya. Sedang dia asyik dibuai mimpinya itu, tiba-tiba dia terjaga dari tidurnya.
Begitu juga perumpamaan: Manusia sebenarnya sedang nyenyak tidur. Apabila mereka mati barulah mereka terjaga dan sedar. Maksudnya: Mereka sedar apabila mati tetapi ketika itu mereka sudah tidak mempunyai apa-apa bekalan yang boleh menenang dan menggembirakan hati mereka.
Dikatakan bahawa Nabi Isa a.s. telah melihat dunia dalam gambaran seorang perempuan tua yang tidak bergigi, yang memakai segala jenis barang perhiasaan. Baginda berkata kepadanya: Berapa kalikah kamu telah berkahwin? Dia berkata: Entah, tak terkira. Nabi Isa berkata: Adakah ke semua suamimu itu mati atau berpisah kerana menceraikan kamu? Dia berkata: Aku telah membunuh mereka semua. Lalu Nabi Isa a.s. berkata: Alangkah buruk dan celakanya suami-suamimu yang masih tinggal. Kenapa mereka tidak mengambil pengajaran dari suami suamimu yang telah lalu?. Bagaimana mereka tidak pernah mahu berwaspada terhadapmu sedangkan kamu sedang membinasakan mereka satu demi satu!?.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: Pada hari kiamat kelak, dunia didatangkan dalam bentuk rupa seorang perempuan tua beruban yang bermata miring (mata hitam kelihatan tenggelam) sehingga timbul mata putihnya dan bertaring yang sangat buruk rupanya. Ia ditunjukkan kepada semua makhluk lalu dikatakan: Adakah kamu semua mengenalinya? Mereka menjawab: Kami berlindung dengan Allah dari mengenalinya. Lalu dikatakan: Inilah dunia yang menyebabkan kamu semua bertelingkah, memutuskan silaturrahim, berhasad dengki, bermusuhan dan terpedaya. Kemudian perempuan itu dicampakkan ke dalam api neraka, sambil dia meraung-raung: Wahai Tuhanku!!! Dimanakah pengikut dan kumpulanku? Lalu Allah berfirman: Bawakanlah pengikut dan kumpulannya bersama-sama dengannya (ke dalam neraka).
Abu al-Ala' berkata: Aku bermimpi melihat seorang perempuan tua berhias dengan bermacam perhiasan dan orang ramai mengelilinginya serta memandangnya dengan perasaan penuh takjub. Aku pun berkata: Celaka, siapakah kamu? Dia menjawab: Kamu tidak mengenaliku? Aku berkata lagi: Tidak. Dia berkata: Akulah dunia. Lalu aku berkata: Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu. Dia berkata: Jika benar kamu mahu dilindungi dari kejahatanku, maka bencilah dirham (wang ringgit).
Sebahagian ulamak berkata: Aku melihat dunia dalam mimpi seumpama seorang perempuan tua yang bongkok dan cacat rupa parasnya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment