Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 21: Sifat Marah, Dendam Dan Hasad Dengki
Tajuk Mudarasah: Batas Sifat Bakhil Dan Pemurah
Halaman Rujukan Kitab : 365
Nota Mudarasah:
Batas Sifat Bakhil dan Pemurah
Para ulamak telah mengeluarkan pendapat berkenaan batas sempadan sifat bakhil dan pemurah. Sebahagian mereka berpendapat bahawa sempadan sifat bakhil ialah apabila ia menghalang dari menunaikan kewajipan. Apabila seseorang itu telah menunaikan kewajipannya, dia tidak lagi dianggap bakhil. Sebenarnya sempadan sebegini tidak mencukupi. Ini kerana sesiapa yang memberikan nafkah yang wajib kepada keluarganya hanya sekadar yang ditetapkan oleh hakim sahaja tanpa memberikan lebih. dari itu walaupun sesuap makanan atau sebiji tamar, dia sebenarnya. masih tergolong dalam senarai orang yang bakhil.
Pendapat yang betul dalam masalah ini ialah seseorang itu bebas dari sifat bakhil apabila dia menunaikan hak hartanya sama ada dari segi kewajipan pada syarak atau dari segi kemestian memelihara maruah. Di samping itu dia juga berlapang dada (merasa gembira) dengan pemberiannya itu.
Maksud kewajipan syarak pada hartanya ialah mengeluarkan zakat dan memberi nafkah kepada ahli keluarga.
Manakala maksud kemestian memelihara maruah ialah dengan tidak menyusahkan atau menyakiti orang yang diberi (dengan mengungkit-ungkit atau seumpamanya) dan tidak terlalu berkira terhadap perkara-perkara kecil dan remeh temeh yang mungkin berlaku. Ini kerana kedua-dua perbuatan tersebut adalah sikap yang tercela.
Sejauh manakah tindakan tersebut dianggap tercela dan buruk adalah bergantung kepada perbezaan situasi dan peribadi yang melakukannya. Kadangkala ia lebih dipandang buruk jika dilakukan orang aya berbanding orang miskin yang melakukannya. Begitu juga ia lebih dipandang buruk jika seseorang itu melakukan sesuatu yang menyusah dan menekan ahli keluarga, kaum kerabat dan jiran tetangganya berbanding orang luar yang melakukannya.
Oleh itu, orang yang bakhil ialah orang yang tidak memberi apa yang sepatutnya diberikan sama ada pemberian itu dari segi kewajipan pada syarak ataupun tuntutan menjaga maruah. Sesiapa yang menunaikan kewajipan syarak pada hartanya serta menjaga maruahnya, dia akan terlepas dari sifat bakhil. Namun begitu dia belum dianggap pemurah selagi mana dia tidak bersedekah lebih dari yang diwajibkan.
Sebahagian ulamak berkata: Orang yang pemurah ialah orang yang memberi tanpa mengungkit.Sebahagian yang lain berpendapat:
Mereka ialah orang yang gembira apabila dapat memberi. Untuk mengatasi penyakit ba khil pula, perlu diketahui bahawa punca sifat bakhil ialah kerana cintakan harta benda.
Cintakan harta mempunyai dua sebab:
Pertama : Cintakan syahawat iaitu ingin melakukan sesuatu mengikut nafsunya di mana ia hanya tercapai melalui harta dan panjang angan-angan. Sekiranya dia tidak panjang angan-angan tetapi mempunyai anak (keluarga), itu juga boleh menjadi sebab yang menggantikan faktor panjang angan-angan tadi.
Kedua : Cinta dan sayang kepada zat harta itu sendiri. Di kalangan manusia ada yang sudah mempunyai harta yang pada kebiasaannya cukup untuk sisa-sisa hidupnya, bahkan berlebihan. sebanyak ribu-ribu ringgit pula. Umurnya pula meningkat tua dan dia tidak mempunyai anak-pinak. Namun begitu dirinya enggan menunaikan hak kewajiban hartanya ataupun sedekah yang tentu akan memberikan manfaat untuknya nanti. Dia tahu bahawa jika dia mati, hartanya akan jatuh ke tangan orang lain ataupun akan hilang jika hartanya itu disembunyikan. Penyakit jenis ini tidak ada harapan lagi untuk diubati.
la ibarat seorang lelaki yang mencintai seseorang. Apabila kekasihnya mengutuskan seseorang menjadi orang tengah kepadanya, tiba-tiba dia jatuh cinta kepada orang tengah itu. Dia kini melupakan kekasihnya dan asyik dengan orang tengah tersebut. Dunia merupakan pengantara yang menyampaikan kepada hajatnya (matlamatnya)⁴⁹². Mencintai harta atau dunia dengan melupakan hajat yang sebenarnya (kebahagiaan di akhirat) adalah suatu kesesatan yang amat nyata.
492 Iaitu kebahagiaan di hari akhirat-pent.
Ketahuilah bahawa cara mengatasi segala jenis penyakit ialah melakukan tindakan yang berlawanan dengan sebab-sebab yang menjadi punca kepada penyakit tersebut. Justeru, penawar kepada perasaan cintakan nafsu syahwat ialah sifat berpada dan bersabar. Manakala ubat kepada penyakit panjang angan-angan ialah banyak mengingati mati.
Untuk mengubati perasaan cintakan anak⁴⁹³ ialah dengan meyakini bahawa Allah yang mencipta anaknya itu telah menetapkan rezeki untuknya ketika menjadikannya. Berapa ramai orang yang tidak mewarisi sesuatu (dari ayahnya), hidupnya lebih baik dari orang yang mendapat harta warisan?
493 Sehingga menyebabkannya sanggup membuat perkara yang haram demi menyara hidup anaknya-pent.
Berwaspadalah dari meninggalkan anak dalam kesenangan tetapi dia sendiri mengadap Allah dalam keadaan yang buruk. Jika anaknya seorang yang soleh, Allah Taala yang akan menjaganya dan jika anaknya itu fasik, dia tidak sepatutnya meninggalkan apa-apa harta kepadanya yang boleh menolongnya melakukan maksiat. Di samping itu dia hendaklah sentiasa berpesan berulang-ulang kali kepada anaknya berkenaan buruknya sifat bakhil dan baiknya sifat pemurah.
Dia juga hendaklah menyedari bahawa jika dia mempunyai terlalu banyak perkara-perkara dunia yang disanjung dan dicintai, dia akan merasa amat susah apabila meninggalkannya. Sesiapa yang mengetahui bencana dari harta pasti dia tidak akan berjinak-jinak dengannya. Sesiapa yang mengambil harta sekadar keperluannya sahaja, lalu dia menyimpan untuk keperluannya, dia bukanlah seorang yang bakhil.
Wallahu A'lam.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment