Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Cintakan Pangkat Dan Riya' Yang Tercela Dan Cara Rawatannya
Tajuk Mudarasah: Riya Dan Cintakan Pangkat
Sub Tajuk: Pengenalan
Halaman Rujukan Kitab : 368
Nota Mudarasah:
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

494 Riwayat at-Tobrani dalam kitab al-Kabir (7144, 7145) dan Ibnu Majah (4205) daripada Syaddad bin Aus r.a.. Al-Hafiz al-Iraqi dalam kitab Takhrij al-Ihya' (3/274) telah menyatakan bahawa ia adalah hadis daif. Namun hadis ini dikuatkan dengan riwayat lain iaitu riwayat Ahmad (5/428) dan al-Baghawi (4135) daripada Mahmud bin Labid r.a.. Sanadnya sahih.
Syahwat yang tersembunyi (keinginan untuk dipandang tinggi) ini sukar untuk dikesan dan disedari bala tipu dayanya yang tersembunyi oleh ulamak-ulamak besar, apatah lagi masyarakat awam. Ujian ini biasanya menimpa ulamak dan ahli ibadat yang tekun berusaha menuju jalan akhirat. Apabila mereka menundukkan nafsu mereka, memutuskan segala keinginan syahwat dan memaksa diri melakukan ibadat di samping tidak terdorong untuk melakukan maksiat zahir melalui seluruh anggota badan mereka, ketika itu mereka seronok dalam menonjolkan diri dengan ilmu dan amal mereka.
Kepenatan mereka dalam bermujahadah terasa ringan lantaran merasa seronok dan tenang apabila mereka diterima baik oleh orang ramai serta dipandang dengan penuh hormat dan mulia oleh mereka. Ini menjadikan hati mereka (yang dikuasai nafsu) merasa amat seronok sehingga dengan mudah mereka dapat meninggalkan perbuatan maksiat. Mereka mungkin menyangka bahawa mereka ikhlas kepada Allah sedangkan mereka sebenarnya adalah munafik. Ini merupakan satu perangkap yang amat merbahaya. Hanya orang yang benar-benar dekat dirinya kepada Allah yang akan terselamat dari perangkap tersebut.
Oleh kerana itulah ada kata-kata yang mengatakan bahawa perkara terakhir yang keluar dari pemikiran golongan as-siddiqin⁴⁹⁵ ialah penyakit cintakan pangkat atau kedudukan. Itulah penyakit yang tersembunyi yang merupakan antara perangkap syaitan yang terbesar. Justeru, menjadi kewajiban untuk diterangkan punca.
495 laitu golongan yang benar iman mereka kepada Allah dan Rasul-Nya-pent.
Punca cintakan pangkat ialah kerana keinginan untuk masyhur dan terkenal. Ini adalah suatu bahaya yang sangat besar. Jalan selamat ialah bersikap al-khumul (lebih suka untuk tidak dikenali atau tersembunyi dari pengetahuan umum) kerana ahli kebajikan tidak sekali-kali berniat untuk mendapat kemasyhuran dan tidak akan menonjolkan dirinya atau mencari jalan yang menuju ke arah kemasyhuran. Sekiranya kemasyhuran ini datang dari Allah, mereka tetap cuba untuk melarikan diri darinya kerana mereka lebih mengutamakan untuk tidak menonjolkan diri.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment