Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Riya': Hakikat Dan Bahagian-Bahagiannya Serta Celaan Terhadapnya
Tajuk Mudarasah: Penawar Riya' dan Cara Mengubati Hati
Halaman Rujukan Kitab : 390
Nota Mudarasah:
Penawar Riya' dan Cara Mengubati Hati
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa perasaan riya' akan menghapuskan pahala amalan, menjadi sebab kepada kemurkaan Allah Taala dan termasuk di antara perkara yang membinasakan. Oleh itu sesiapa yang berkeadaan sedemikian, usaha untuk menghilangkannya perlulah dilakukan bersungguh-sungguh.
Cara merawatinya adalah dengan dua proses:
i. Mencabut akar dan asas penyakit ini yang merupakan punca pembiakannya.
ii. Menolak perasaan riya' ketika terlintas dalam hati seketika itu juga.
Proses Pertama:
Ketahuilah bahawa punca timbulnya penyakit riya' ialah cintakan pangkat dan kedudukan. Jika diperincikan, ia terdiri dari tiga faktor iaitu suka kepada pujian, melarikan diri dari cemuhan yang menyakitkan dan ingin mendapat apa yang ada di tangan orang lain. Ini bersandarkan kepada hadis yang terdapat dalam Sahih al Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa r.a., katanya:

513 Riwayat al-Bukhari (6/21, 22), Muslim (1904), at-Tirmizi (1646), Abu Daud (2517), an-Nasaie (6/23) dan Ibnu Majah (2783).
Maksud "berperang kerana berani" ialah supaya dia disebut dan dipuji. Maksud "berperang kerana semangat" pula ialah dia tidak suka jika dapat dikalahkan atau dihina. Manakala maksud "berperang kerana riya" ialah berperang untuk memperlihatkan kepahlawanannya. Inilah elemen cintakan pangkat dan kedudukan yang tersemadi di dalam hati manusia.
Kadangkala manusia tidak suka kepada pujian tetapi dia amat sensitif kepada cemuhan. Umpama orang yang penakut apabila berada di kalangan orang yang berani. Ketika itu dia akan tetap teguh di posisinya dan tidak melarikan diri agar dia tidak dicemuh sebagai pengecut. Kadang kala ada orang yang sanggup mengeluarkan fatwa walaupun dalam perkara yang tidak diketahuinya semata-mata takut dicemuh dengan dikatakan jahil. Itulah tiga faktor asas yang mendorong kepada riya'.
Rawatannya ialah dengan mengetahui bahawa jika seseorang mahukan sesuatu, itu adalah kerana dia percaya bahawa perkara tersebut mendatangkan kebaikan dan manfaat kepadanya sama ada secara segera ataupun pada masa yang akan datang. Sekiranya dia mengetahui bahawa perkara tersebut manisnya hanya sekejap tetapi mendatangkan mudarat pada masa yang akan datang, tentu dia mudah untuk menjauhinya dan menghapuskan keinginannya. Contohnya orang yang mengetahui bahawa madu adalah lazat, tetapi sedar bahawa madu di hadapannya itu mengandungi racun. Ketika itu dia tidak akan meminum madu tersebut.
Demikianlah juga caranya untuk menangani gejala ini, iaitu dengan menyedari mudarat yang ada padanya. Oleh itu, apabila seseorang itu mengetahui bahana riya' yang kesannya akan menghapuskan kemurnian hatinya dan menjejaskan kedudukannya di hari akhirat serta nasib yang akan menimpanya iaitu azab, kemurkaan dan kehinaan yang dahsyat, dia pasti akan menjauhkan diri darinya (riya'). Termasuklah juga (mudarat yang akan menimpanya) kegelisahan hati yang akan dihadapinya di dunia kerana memikirkan kedudukan dirinya di hati manusia.
Memenuhi kehendak semua manusia adalah satu perkara yang tidak mampu dicapai. Setiap kali ada golongan yang suka, ada pula golongan lain yang membenci. Siapa yang mencari keredaan manusia dengan melakukan perkara yang dimurkai Allah, Allah akan murka kepadanya dan akan menjadikan manusia juga benci kepadanya. Kalau begitu, apakah matlamatnya (yang ingin dicapai) sehingga dia sanggup berhadapan dengan cemuhan daripada Allah semata-mata kerana mencari pujian manusia? Walhal pujian manusia sedikit pun tidak dapat menambahkan rezeki mahupun ajalnya dan juga tidak dapat memberikan manfaat pada hari fakir dan kebulurnya. Begitu juga dengan cemuhan mereka. Jadi, kenapa dia amat takut kepada cemuhan manusia? Sedangkan cemuhan manusia terhadapnya tidak akan memberi mudarat kepadanya sedikit pun, tidak boleh mempercepatkan ajalnya dan tidak juga melewatkan kedatangan rezekinya.
Manusia semuanya lemah, tidak mempunyai kuasa untuk memberikan mudarat atau manfaat walaupun kepada diri mereka sendiri. Mereka juga tidak berkuasa dalam soal kematian, kehidupan dan kebangkitan semula. Jika perkara ini telah tertanam kemas di dalam hatinya, tentu keinginannya untuk riya' akan terhapus dan dia akan menghadapkan dirinya kepada Allah dengan sepenuh hati. Orang yang waras sudah tentu tidak mahu kepada perkara yang mendatangkan mudarat dan menghakis manfaatnya yang sedia ada.
Cara untuk mengatasi penyakit tamak terhadap apa yang dimiliki orang lain pula ialah dengan mengetahui bahawa Allah Taala sahajalah yang berkuasa menggerakkan hati manusia sama ada hendak memberi atau sebaliknya. Tiada pemberi rezeki selain-Nya. Siapa yang tamak terhadap hak milik orang lain, bermakna dia tidak akan terlepas dari kehinaan dan kekecewaan. Jika matlamatnya tercapai, dia tidak akan bebas dari ungkitan orang dan dipandang hina. Bagaimana dia boleh meninggalkan apa yang ada di sisi Allah Taala semata-mata disebabkan harapan yang palsu dan sangkaan yang meleset?.
Antara penawar yang berguna ialah membiasakan dirinya dengan menyembunyikan ibadat yang dilakukan sebagaimana dia berusaha menyembunyikan perkara-perkara keji yang dilakukannya. Tiada penawar lain yang dapat mengatasi masalah riya' selain dari menyembunyikan amalan yang dilakukan. Perkara ini tentunya sukar dilakukan pada peringkat permulaannya namun jika dia bersabar dalam tempoh yang tertentu, tentu kesukaran ini akan dapat diatasi. Allah Taala pasti akan memberikan pertolongan kepadanya. Seseorang hamba hanya perlu bermujahadah dan Allah lah yang akan memberi taufiq kepadanya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment