Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan
Bab 22: Riya': Hakikat Dan Bahagian-Bahagiannya Serta Celaan Terhadapnya
Tajuk Mudarasah: Kelonggaran dalam Menyembunyikan Dosa serta Benci Jika Manusia Melihat dan Mencemuhnya
Halaman Rujukan Kitab : 393
Nota Mudarasah:
Kelonggaran dalam Menyembunyikan Dosa serta Benci Jika Manusia Melihat dan Mencemuhnya
Berhubung dengan menyembunyikan dosa yang dilakukan, kemungkinan ada orang menyangka bahawa itu adalah satu cabang penyakit riya'. Tanggapan ini tidak betul, kerana orang yang benar imannya tidak sekali-kali menunjuk-nunjuk maksiat yang dilakukanya. Bahkan dia perlu menyembunyikannya kerana Allah Taala benci terhadap tindakan menzahirkan maksiat dan suka jika ia disembunyikan.
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
Sesiapa yang telah melakukan sesuatu dari perkara yang keji ini, dia hendaklah terus menyembunyikannya setelah ia ditutup atau disembunyikan oleh Allah Azzawajalla.⁵¹⁴
514 Riwayat al-Baihaqi (8/330), at-Tohawi dalam kitab Misykalul Athar (1/20) dan al-Hakim (4/244) daripada Ibnu Umar r.a.. Sanadnya hasan.
Walaupun dia telah melakukan penderhakaan dengan maksiat tersebut, sekurang-kurangnya hatinya masih mempunyai perasaan kasih kepada perkara yang dikasihi oleh Allah⁵¹⁵. Ini berpunca dari keimanan yang ada di hatinya. Di samping itu dia juga benci jika dosa orang lain terdedah. Ini adalah tanda benar imannya.
515 Iaitu tindakan menyembunyikan maksiat yang dilakukannya-pent.
Antaranya juga, dia benci jika ada orang yang mengutuknya kerana kutukan itu akan mengganggu perasaan dan akalnya dari beribadat kepada Allah. Naluri dan perasaannya pastinya terasa sakit dengan kutukan tersebut. Dengan alasan yang sama, dia perlu membenci segala pujian kepadanya kerana ia juga boleh menghalangnya dari Allah s.w.t. serta mempengaruhi hati dan memalingkannya dari mengingati-Nya. Ini juga merupakan antara tanda kekuatan iman.
Meninggalkan Ketaatan kerana Bimbangkan Riya'
Berhubung dengan meninggalkan sesuatu ketaatan kerana takutkan riya', (seseorang itu perlu melihat apakah faktor yang mendorongnya untuk melakukan ketaatan tersebut). Jika yang mendorongnya untuk melakukan ketaatan itu bukan perkara agama (seperti berbuat baik untuk mencari pengaruh), ketaatan itu harus ditinggalkan. Kerana ia adalah suatu maksiat dan tidak ada makna taat dalam perbuatannya itu. Namun jika yang mendorongnya itu merupakan perkara agama (seperti berbuat baik semata-mata atas perintah agama) dan dia lakukannya semata-mata kerana Allah, dia tidak perlu meninggalkan ketaatan tersebut. Begitu juga jika seseorang meninggalkan sesuatu amalan semata-mata takut dikata; "Dia itu mahu menunjuk-nunjuk". Ketika itu dia tidak harus meninggalkannya kerana kata-kata itu adalah sebahagian dari tipu helah syaitan.
Ibrahim an-Nakhaie berkata: Jika kamu didatangi oleh syaitan dalam sembahyangmu dan ia berkata; "Kamu ini menunjuk-nunjuk", maka kamu hendaklah panjangkan lagi sembahyang kamu itu.
Terdapat riwayat yang menyebutkan bahawa sebahagian daripada ulamak salaf telah meninggalkan sesuatu ibadat kerana takut dikatakan riya'. Antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada kisah Ibrahim an-Nakhaie bahawa ada seorang lelaki telah masuk menemuinya ketika dia sedang membaca al-Quran. Beliau pun terus menutup mashafnya dan berhenti membaca. Dia berkata: Agar orang itu tidak melihat aku membaca al-Quran setiap masa. Perkara ini sebenarnya mungkin disebabkan perasaan ingin berlagak dan menunjuk-nunjuk yang terlintas dalam hati mereka pada ketika itu, lalu mereka terus memutuskannya seketika itu juga.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment