Sunday, 19 September 2021

SIRI 119 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 24: Sifat Takabur Dan Ujub Yang Tercela

Tajuk Mudarasah: Sifat Takabbur Dan Riya’

Halaman Rujukan Kitab : 399

Nota Mudarasah:

Bab ini mengandungi dua bahagian:

Bahagian Pertama: Takabur

Firman Allah s.w.t.:




Dalam hadis sahih riwayat Muslim menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda:

518 Riwayat al-Bukhari (8/458), Muslim (2846) dan at-Tirmizi (2564) daripada Abu Hurairah r.a...

Dalam hadis lain, Rasulullah saw. bersabda maksudnya:
Orang yang sombong dan takabur akan dihimpunkan pada hari kiamat seperti debu-debu yang dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka di sisi Allah 'Azza wajalla.⁵¹⁹
519 Riwayat al-Bukhari (10/223), Muslim (2085) daripada Ibnu Umar r.a.. Diriwayatkan juga oleh an-Nasaie (2/299). Ahmad (2/5, 10) dan Abu Daud (4085).

Sufyan bin 'Uyainah r.hm. berkata: Sesiapa yang membuat maksiat kerana nafsunya, taubat daripadanya masih diharapkan untuk diterima kerana Adam a.s. telah melakukan kesilapan lantaran menurutkan nafsunya, lalu dia diampunkan. Sekiranya sesuatu maksiat dilakukan kerana takabur, dibimbangi dia akan menerima laknat kerana iblis telah melakukan kesilapan lantaran sifat takabur yang ada dalam dirinya, lalu ia dilaknat.

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda:


Perlu diketahui bahawa sifat takabur merupakan sifat dalaman yang menghasilkan tindakan-tindakan yang dapat dilihat pada pergerakan anggota-anggota badan. Sifat ini membuatkan seseorang menunjuk-nunjukkan kelebihan dirinya kepada orang lain kerana merasakan dirinya sempurna mengatasi orang lain. Ketika itu, dia telah takabur.

Sifat ini berbeza dengan ujub (bangga diri), kerana ujub tidak melibatkan orang lain. Ia boleh berlaku pada diri seseorang sekalipun jika ditakdirkan dia berseorangan sahaja di muka bumi ini. Tetapi dia tidak mungkin bersikap takabur, kerana sifat takabur hanya wujud ketika bersama orang lain dan dia merasakan dirinya lebih dari yang lain. Apabila seseorang merasakan dirinya hebat, dia akan menghina dan memandang rendah orang lain. Inilah sifat orang takabur. Dia melihat masyarakat awam seperti dia melihat keldai-keldai yang bodoh dan hina.

Bencana yang lahir dari sifat ini amatlah besar. Ia mampu membinasakan golongan yang disanjungi. Jarang sekali ahli ibadat, orang zuhud dan para ulamak yang mampu melepaskan diri daripadanya. Betapa besarnya bencana darinya, sehingga Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan dalam sabdanya yang bermaksud:
Tidak akan masuk Syurga sesiapa yang ada dihatinya perasaan takabur walaupun seberat zarrah.

Sifat ini menjadi penghalang dari syurga, kerana ia mem bezakan seseorang itu dengan akhlak mukmin yang sebenar. Orang yang bersifat takabur, tidak akan mengasihi saudaranya yang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya. Dia tidak mampu untuk menerapkan sifat rendah diri (tawaduk), meninggalkan perasaan dendam, dengki dan marah serta enggan menerima nasihat. Dia sentiasa menghina dan mengumpat orang lain serta terdorong untuk berkelakukan tidak baik.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment