Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 26: Taubat : Syarat, Rukun Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Pengenalan Berkaitan Taubat
Halaman Rujukan Kitab : 445
Nota Mudarasah:
Jika demikian keadaan Nabi s.a.w., bagaimana pula keadaan umatnya? Mereka sepatutnya lebih menggandakan taubatnya.
Apabila taubat yang dilakukan menepati syarat-syaratnya, sudah pasti akan diterima oleh Allah Taala sepertimana firman-Nya:
وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ
Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba hambaNya (yang bertaubat).
Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّ اللهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ
Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang itu, selama mana nyawanya tidak sampai ke halkum.⁵⁵³
553 Riwayat at-Tirmizi (3031), Ahmad (6160 & 6408), al-Hakim (4/204), Abu Naim (5/19), Ibnu Majah (4253), Ibnu Hibban (2449- Maurid) dan al Baghawi (1306) daripada Umar r.a.. Sanadnya Hasan. Hadis ini mempunyai saksi lebih daripada seorang di kalangan sahabat.
Hadis-hadis yang membicarakan berkaitan taubat adalah terlalu banyak.
Jenis-jenis Dosa
Ketahuilah bahawa akhlak dan sifat manusia terlalu banyak, tetapi punca berlakunya dosa adalah dari empat sifat berikut:
i. Sifat ketuhanan (rububiyyah).
Dari sifat ini lahirnya perasaan takabur, berbangga, sukakan pujian, kemegahan, mencari kedudukan yang tinggi dan seumpamanya. Semua dosa ini membinasakan, tetapi sebahagian manusia lalai terhadapnya dan tidak menganggapnya sebagai suatu dosa.
ii. Sifat kesyaitanan (syaitaniyyah)
Dari sifat inilah terbitnya perasaan dengki, melampaui batas, helah, berbohong, rancangan jahat, menipu, munafik, menyeru kepada perkara-perkara yang merosakkan dan sebagainya.

iii. Sifat kebinatangan (bahimiyyah)
Dari sifat ini, lahirnya perkara-perkara jahat dan dorongan untuk memuaskan kehendak hawa nafsu perut dan syahwat kemaluan secara rakus. Hasilnya akan lahirlah perbuatan zina, liwat, mencuri dan mencari sesuatu nikmat dunia semata-mata untuk kepuasan hawa nafsu.
iv. Sifat kebuasan (Sab'iyyah)
Darinya lahir perasaan marah, dendam dan mengancam manu sia sama ada dengan membunuh, memukul atau merampas harta.
Sifat-sifat ini berlaku secara berperingkat-peringkat dalam fitrah manusia. Pada kebiasaannya, sifat pertama yang mula menceroboh masuk ke dalam diri seseorang ialah sifat kebinatangan.
Kemudian diikuti dengan sifat kebuasan. Apabila kedua-dua sifat ini terkumpul, ia akan menguasai akal untuk membentuk sifat-sifat kesyaitanan seperti melakukan tipu daya, pembohongan dan helah. Akhir sekali sifat ketuhanan akan datang lalu menguasai diri.
Semua ini merupakan ibu kepada segala dosa dan juga tempat membiaknya bermacam jenis dosa. Dari sana, dosa-dosa tersebut terserlah melalui tindakan setiap anggota badan. Sebahagiannya berlaku melalui hati seperti berfikiran jahat, bid'ah, nifak dan menyimpan keinginan jahat. Sebahagian yang lain berlaku melalui mata, pendengaran, percakapan, perut, kemaluan, tangan dan kaki. Sebahagiannya pula berlaku melalui seluruh anggota tubuh. Semuanya jelas dan tidak perlu diperincikan lagi.
Kemudian, dosa-dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa yang berkait dengan manusia lain dan dosa yang berkait dengan Allah Taala. Dosa antara sesama manusia adalah lebih berat dan sukar. Manakala dosa kepada Allah, keampunan dan kemaafan dari-Nya lebih memberi harapan dan lebih hampir untuk diterima, melainkan dosa syirik (wal'iyazubillah) kerana ia tidak akan diampunkan.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 26: Taubat : Syarat, Rukun Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Pengenalan Berkaitan Taubat
Halaman Rujukan Kitab : 445
Nota Mudarasah:
Jika demikian keadaan Nabi s.a.w., bagaimana pula keadaan umatnya? Mereka sepatutnya lebih menggandakan taubatnya.
Apabila taubat yang dilakukan menepati syarat-syaratnya, sudah pasti akan diterima oleh Allah Taala sepertimana firman-Nya:
Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba hambaNya (yang bertaubat).
( As-Syura : 25 )
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang itu, selama mana nyawanya tidak sampai ke halkum.⁵⁵³
Hadis-hadis yang membicarakan berkaitan taubat adalah terlalu banyak.
Jenis-jenis Dosa
Ketahuilah bahawa akhlak dan sifat manusia terlalu banyak, tetapi punca berlakunya dosa adalah dari empat sifat berikut:
i. Sifat ketuhanan (rububiyyah).
Dari sifat ini lahirnya perasaan takabur, berbangga, sukakan pujian, kemegahan, mencari kedudukan yang tinggi dan seumpamanya. Semua dosa ini membinasakan, tetapi sebahagian manusia lalai terhadapnya dan tidak menganggapnya sebagai suatu dosa.
ii. Sifat kesyaitanan (syaitaniyyah)
Dari sifat inilah terbitnya perasaan dengki, melampaui batas, helah, berbohong, rancangan jahat, menipu, munafik, menyeru kepada perkara-perkara yang merosakkan dan sebagainya.
ii. Sifat kesyaitanan (syaitaniyyah)
Dari sifat inilah terbitnya perasaan dengki, melampaui batas, helah, berbohong, rancangan jahat, menipu, munafik, menyeru kepada perkara-perkara yang merosakkan dan sebagainya.
iii. Sifat kebinatangan (bahimiyyah)
Dari sifat ini, lahirnya perkara-perkara jahat dan dorongan untuk memuaskan kehendak hawa nafsu perut dan syahwat kemaluan secara rakus. Hasilnya akan lahirlah perbuatan zina, liwat, mencuri dan mencari sesuatu nikmat dunia semata-mata untuk kepuasan hawa nafsu.
iv. Sifat kebuasan (Sab'iyyah)
Darinya lahir perasaan marah, dendam dan mengancam manu sia sama ada dengan membunuh, memukul atau merampas harta.
Sifat-sifat ini berlaku secara berperingkat-peringkat dalam fitrah manusia. Pada kebiasaannya, sifat pertama yang mula menceroboh masuk ke dalam diri seseorang ialah sifat kebinatangan.
Kemudian diikuti dengan sifat kebuasan. Apabila kedua-dua sifat ini terkumpul, ia akan menguasai akal untuk membentuk sifat-sifat kesyaitanan seperti melakukan tipu daya, pembohongan dan helah. Akhir sekali sifat ketuhanan akan datang lalu menguasai diri.
Semua ini merupakan ibu kepada segala dosa dan juga tempat membiaknya bermacam jenis dosa. Dari sana, dosa-dosa tersebut terserlah melalui tindakan setiap anggota badan. Sebahagiannya berlaku melalui hati seperti berfikiran jahat, bid'ah, nifak dan menyimpan keinginan jahat. Sebahagian yang lain berlaku melalui mata, pendengaran, percakapan, perut, kemaluan, tangan dan kaki. Sebahagiannya pula berlaku melalui seluruh anggota tubuh. Semuanya jelas dan tidak perlu diperincikan lagi.
Kemudian, dosa-dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa yang berkait dengan manusia lain dan dosa yang berkait dengan Allah Taala. Dosa antara sesama manusia adalah lebih berat dan sukar. Manakala dosa kepada Allah, keampunan dan kemaafan dari-Nya lebih memberi harapan dan lebih hampir untuk diterima, melainkan dosa syirik (wal'iyazubillah) kerana ia tidak akan diampunkan.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment