Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 26: Taubat : Syarat, Rukun Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Jenis-Jenis Dosa
Halaman Rujukan Kitab : 446
Nota Mudarasah:
Sifat-sifat ini berlaku secara berperingkat-peringkat dalam fitrah manusia. Pada kebiasaannya, sifat pertama yang mula menceroboh masuk ke dalam diri seseorang ialah sifat kebinatangan.
Kemudian diikuti dengan sifat kebuasan. Apabila kedua-dua sifat ini terkumpul, ia akan menguasai akal untuk membentuk sifat-sifat kesyaitanan seperti melakukan tipu daya, pembohongan dan helah. Akhir sekali sifat ketuhanan akan datang lalu menguasai diri.
Semua ini merupakan ibu kepada segala dosa dan juga tempat membiaknya bermacam jenis dosa. Dari sana, dosa-dosa tersebut terserlah melalui tindakan setiap anggota badan. Sebahagiannya berlaku melalui hati seperti berfikiran jahat, bid'ah, nifak dan menyimpan keinginan jahat. Sebahagian yang lain berlaku melalui mata, pendengaran, percakapan, perut, kemaluan, tangan dan kaki. Sebahagiannya pula berlaku melalui seluruh anggota tubuh. Semuanya jelas dan tidak perlu diperincikan lagi.
Kemudian, dosa-dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa yang berkait dengan manusia lain dan dosa yang berkait dengan Allah Taala. Dosa antara sesama manusia adalah lebih berat dan sukar. Manakala dosa kepada Allah, keampunan dan kemaafan dari-Nya lebih memberi harapan dan lebih hampir untuk diterima, melainkan dosa syirik (wal'iyazubillah) kerana ia tidak akan diampunkan.
Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Rekod catatan di sisi Allah Taala ada tiga: Catatan yang tidak diendahkan oleh Allah Taala, catatan yang tidak akan dilepaskan oleh Allah dan catatan yang tidak diampunkan. Catatan yang tidak akan diampunkan oleh Allah Taala ialah syirik kepada-Nya, sebagaimana firman Nya yang bermaksud; "Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga." (Al-Maidah:72)
Manakala catatan yang tidak diendahkan langsung oleh Allah ialah dosa yang berlaku antara seorang hamba dengan Tuhannya, di mana Allah akan mengampun dan melepaskannya sekiranya Dia mahu. Manakala catatan yang tidak akan dilepaskan sama sekali oleh Allah Taala pula ialah dosa kezaliman antara sesama hamba yang sudah pasti akan menerima hukuman balas.⁵⁵⁴
554 Riwayat Ahmad (6/240) dan al-Hakim (1) dari hadis Aisyah r.ha.. Sanadnya lemah.
Seterusnya dosa terbahagi kepada dosa kecil dan dosa besar.
Para ulamak berselisih pendapat dalam memperkatakan perkara ini. Hadis-hadis juga berbeza dalam meriwayatkan bilangan dosa dosa besar. Terdapat lima hadis sahih dalam memperkatakannya:
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment