Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 26: Taubat, Syarat, Rukun dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Penawar Bagi Taubat Dan Jalan Untuk Merawat Dosa Yang Dilakukan Secara Berterusan
Sub Tajuk: Rawatan Penyakit Suka Menangguhkan Taubat
Halaman Rujukan Kitab : 471
Mudarasah berlangsung pada pukul 6:45 hingga 7:15
Nota Mudarasah:
Untuk merawat semua sebab ini, seseorang hendaklah berfikir bahawa setiap yang mendatang itu adalah hampir. Dia juga tidak terlepas dari ancaman kematian pada setiap masa. Dia hendaklah merawati sikap menangguh-nangguh dengan merenungi bahawa kebanyakan jeritan penduduk neraka adalah berpunca dari sikap suka bertangguh. Orang yang suka bertangguh ini sebenarnya mengharapkan sesuatu yang tidak mampu dicapainya iaitu terjamin kekal hidup. Sedangkan dia mungkin tidak kekal lama untuk hidup. Kalau dia masih hidup pun, belum tentu lagi sama ada kemampuannya pada esok hari sama dengan kemampuannya pada hari ini untuk meninggalkan sesuatu kesalahan. Bukankah ketidakmampuannya itu sekarang adalah disebabkan oleh hawa nafsunya yang telah bermaharajalela menguasainya, dan nafsu tersebut tentunya tidak akan lari meninggalkannya esok?. Bahkan ia akan bertambah kuat dari sehari ke sehari kerana ia sudah menjadi kebiasaan.
Disebabkan semua faktor inilah, orang yang suka bertangguh menjadi binasa kerana mereka menyangka wujudnya perbezaan antara dua perkara yang serupa.¹
Bandingan orang yang suka bertangguh ialah seperti seorang yang ingin mencabut sebatang pokok. Apabila dia merasa amat sukar untuk berbuat demikian dia pun berkata: "Lebih baik aku biarkannya selama satu tahun, kemudian aku datang semula untuk mencabutnya". Dia tidak mengetahui bahawa sebatang pokok kalau dibiarkan semakin lama, ia semakin kukuh mencengkam bumi sedangkan dia pula sebaliknya, iaitu semakin tua dan semakin lemah. Adalah suatu perkara yang pelik apabila semasa kuatnya dia tidak mampu mencabut pokok yang lemah tetapi masih merasakan mampu melakukannya ketika dia semakin lemah sedangkan pokok tersebut semakin kuat.
Seorang yang bersikap pasrah menanti keampunan Allah, mungkin dia akan memperolehinya, tetapi lebih baik dia memastikannya (dengan bertaubat kerana Allah pasti menerima taubat mereka yang bertaubat). Bandingannya adalah seperti seorang lelaki yang mendermakan kesemua hartanya dan membiarkan dirinya serta keluarganya miskin. Selepas itu dia duduk menunggu agar Allah mengurniakan rezeki kepadanya dengan cara menemui harta simpanan dalam lubang tanah. Semua ini mungkin boleh berlaku, tetapi orang yang sedemikian akan dikenali sebagai seorang yang dungu.
Peringatan Mesra:Bab 26: Taubat, Syarat, Rukun dan Segala Yang Berkaitan Dengannya

Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
No comments:
Post a Comment