Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 27: Sabar Dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Sabar
Sub Tajuk: Penawar Sabar Bahagian 3 (Sibdrom Bisikan Syaitan (Hadithun Nafsi))
Halaman Rujukan Kitab : 486
Mudarasah bermula pada minit ke 4:21
Nota Mudarasah:
Jenis sabar dan mujahadah yang paling sukar ialah menjaga batin dari bisikan jiwa (Hadithun Nafsi). Ia bertambah sukar kepada orang yang mempunyai banyak kelapangan dan bersendirian kerana bisikan syaitan sentiasa cuba menariknya. Tiada rawatan yang paling mujarab baginya melainkan dengan memutuskan hubungan daripada perkara-perkara maksiat dan menumpukan perhatian kepada tujuan yang satu iaitu Allah Taala. Dia juga perlu menumpukan pemikirannya kepada luasnya langit dan bumi, memerhati keajaiban ciptaan Allah serta mengkaji pintu-pintu ke arah mengenali Allah Taala. Apabila kesemua perkara ini mulai bertakhta di hatinya dan menguasai fikirannya, barulah dia dapat mengelakkan dirinya dari godaan dan bisikan syaitan.
Sekiranya dia tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk membebaskan dirinya dari godaan-godaan tersebut, dia perlu mengamalkan wirid-wirid yang berterusan seperti membaca al-Quran, berzikir dan berselawat. Semua ini perlu disertakan dengan perasaan khusyuk di hati kerana naluri dalaman itulah yang menguasai hati bukannya wirid-wirid luaran. Semua ini boleh diperolehi melalui usaha dan kesungguhan.
__________________________________________________
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:
Post a Comment