Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 27: Sabar Dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Syukur
Sub Tajuk: Syukur Di Dalam Al-Quran Dan Hadith
Halaman Rujukan Kitab : 488
Mudarasah bermula pada minit ke 5:13
Nota Mudarasah:
Bahagian Kedua: Syukur: Kelebihan, Nikmat dan Bahagiannya.
Firman Allah Taala:
وسنجزي الشكرين
Dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang yang bersyukur.
ما يفعل الله بعذابكم إن شكرتم وءامنئم
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu ber syukur (akan nikmat-Nya) serta kamu beriman (kepada-Nya)?).
وقليل من عبادي الشكور
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
Allah juga menjelaskan bahawa Dia akan menambahkan nikmat bagi orang yang bersyukur sebagaimana firman-Nya:
لين شكرتم لأزيدنكم
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu.
Dia juga menyatakan akan mengurniakan nikmat yang banyak berdasarkan kemahuan dan kehendak-Nya sebagaimana disebutkan dalam ayat-ayat berikut.
فسوف يعيكم الله من فضله إن شاء
Maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia Kehendaki.
فيكشف ما تدعون إليه إن شاء
Lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Dia Kehendaki.
والله يرزق من يشاء
Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء
Dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesi apa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya).
ويتوب الله على من يشاء
Dan Allah menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya.
ولا تجد أكثرهم شكرين
Dan Engkau akan dapati bahawa kebanyakan mereka tidak bersyukur.
أتصنع هذا وقد غفر لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر فقال " يا عائشة أفلا أكون عبدا شكورا
Sesungguhnya aku kasihkan engkau, oleh itu ucapkanlah: Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah aku dalam mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.²
Bab 27: Sabar Dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Syukur
Sub Tajuk: Syukur Di Dalam Al-Quran Dan Hadith
Halaman Rujukan Kitab : 488
Mudarasah bermula pada minit ke 5:13
Nota Mudarasah:
Bahagian Kedua: Syukur: Kelebihan, Nikmat dan Bahagiannya.
Firman Allah Taala:
Dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang yang bersyukur.
(Aali-Imran: 145)
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu ber syukur (akan nikmat-Nya) serta kamu beriman (kepada-Nya)?).
(An-Nisa': 147)
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
(Saba': 13)
Allah juga menjelaskan bahawa Dia akan menambahkan nikmat bagi orang yang bersyukur sebagaimana firman-Nya:
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu.
(Ibrahim: 7)
Dia juga menyatakan akan mengurniakan nikmat yang banyak berdasarkan kemahuan dan kehendak-Nya sebagaimana disebutkan dalam ayat-ayat berikut.
Maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia Kehendaki.
(At-Taubah: 28)
Lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Dia Kehendaki.
(Al-An'am: 41)
Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
(Al-Baqarah: 212)
Dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesi apa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya).
(An-Nisa'-48)
Dan Allah menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya.
(At-Taubah: 15)
Apabila iblis mengetahui kedudukan sifat syukur, ia menyatakan usahanya untuk menyesatkan anak Adam sebagaimana yang dirakamkan dalam firman Allah:
Dan Engkau akan dapati bahawa kebanyakan mereka tidak bersyukur.
(Al-A'raf: 17)
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. beribadat pada waktu malam sehingga kelihatan pecah-pecah pada kedua kakinya. Lalu Saidatina Aisyah r.ha. berkata kepadanya:
Sesungguhnya aku kasihkan engkau, oleh itu ucapkanlah: Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah aku dalam mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.²
__________________________________________________
1 Riwayat al-Bukhari (8/449) dan Muslim (2820)
2 Riwayat Abu Daud (1522), at-Tirmizi (764) dan an-Nasaie (3/53) dengan sanad yang sahih.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:
Post a Comment