Tuesday, 28 December 2021

SIRI 219 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 29: Fakir Dan Zuhud

Tajuk Mudarasah: Fakir Dan Zuhud

Halaman Rujukan Kitab : 555

Nota Mudarasah:

Ketahuilah bahawa cintakan dunia adalah punca segala kesalahan atau dosa' sementara membencinya adalah punca segala ketaatan. Kita telah memperkatakan tentang celaan terhadap dunia dalam bahagian Perkara-perkara Yang Membinasakan' sebelum ini. Kini kita akan memperkatakan tentang kelebihan membenci dan zuhud kepada dunia, kerana ia merupakan asas kepada kejayaan.
1 Terdapat hadis daif menyebut mengenainya sebagaimana yang dibincangkan oleh al-Manawi dalam kitab Faidhul Qadir (2365)

Meminggirkan dunia berlaku sama ada dunia jauh dari seseorang hamba yang dinamakan 'fakir' atau seseorang hamba jauh dari dunia yang dinamakan 'zuhud'. Setiap satu dari keduanya mempunyai tahap dalam mencapai kebahagiaan serta berperanan membantu ke arah memperolehi kemenangan dan kejayaan. Kita akan menyatakan tentang darjat-darjat sifat fakir dan zuhud, bahagian bahagian serta yang berkaitan dengan keduanya. Kesemuanya akan kita bentangkan dalam dua bahagian.

Bahagian Pertama: Fakir

Ketahuilah bahawa apabila disebut al-faqir (yang fakir) terhadap sesuatu ia bererti apa yang berhajat kepada perkara tersebut. Setiap yang wujud selain daripada Allah Taala adalah disebut faqir, kerana ia berhajat kepada meneruskan kelangsungan wujudnya. Perkara ini hanya diperolehi melalui limpah kurnia Allah Taala.

Keperluan dan hajat seseorang tidak mungkin dapat dihitung. Sebahagian besarnya adalah berkait dengan harta benda. Justeru, keperluan dan hajatnya kepada harta itu boleh dibahagikan kepada lima keadaan:

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment