Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Fakir Dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Beza Antara Zuhud, Redha, Qanaah, Tamak Dan Terdesak
Halaman Rujukan Kitab : 555
Nota Mudarasah:
Sekiranya diberikan harta, dia merasa tidak senang dan harta tersebut amat menyakitkannya. Dia tidak mahu menerima harta tersebut kerana benci dan ingin memelihara dirinya dari bahana dan kesibukan yang akan timbul darinya. Orang seperti ini dinamakan orang yang zuhud.
ii. Orang yang tidak begitu bergembira apabila memperolehi harta dan pada waktu yang sama dia tidak pula merasa benci dan ter ganggu kerananya. Orang seperti ini dinamakan orang yang reda.
iii. Orang yang lebih suka mempunyai harta kerana wujud dalam dirinya perasaan inginkan harta atau gemar kepadanya. Tetapi keinginan tersebut tidaklah sampai menjadikannya sibuk mencarinya. Bahkan jika harta itu datang kepadanya secara tidak disangka (tanpa berusaha dan bersusah payah untuk memperolehinya) dan mengikut jalan bersih, dia akan menerima nya dan merasa gembira. Tetapi sekiranya dia terpaksa berpenat lelah untuk memperolehi harta tersebut dia tidak akan lakukan nya. Orang seperti ini dinamakan orang yang berpada (qana'ah).
iv. Orang yang meninggalkan harta kerana dia tidak mempunyai kemampuan untuk memperolehinya. Sekiranya dia mampu dia akan mengusahakannya. Jika dia mendapat peluang untuk mendapatkannya walaupun dengan bersusah payah, dia tentu akan mendapatkannya. Orang seperti ini dinamakan orang yang rakus kepada dunia (haris).
Orang yang terlalu berhajat kepada harta seperti seorang yang lapar dan tidak berpakaian yang tidak memiliki makanan dan pakaian. Orang seperti ini dinamakan orang yang terdesak, sama ada keinginannya untuk mendapatkan harta itu lemah atau kuat.
Peringkat yang paling tinggi antara lima keadaan ini ialah peringkat pertama iaitu zuhud. Di sana terdapat satu peringkat lain yang lebih tinggi daripadanya iaitu orang yang sama sahaja kepadanya sama ada memiliki harta ataupun tidak. Jika dia memilikinya, dia tidaklah merasa riang gembira dan jika tidak ada dia tidak pula merasa terganggu dan gusar. Sebagaimana diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa ketika beliau diberikan dua guni berisi harta, beliau tanpa berlengah terus membahagi bahagikan harta tersebut sehingga habis pada hari yang sama. Selepas itu pembantunya berkata kepadanya: Adakah kamu tidak boleh membeli daging sebanyak satu dirham daripada duit tadi untuk kita berbuka puasa? Aisyah menjawab: Sekiranya kamu mengingatkan aku lebih awal, pasti aku akan membelinya.
Orang yang berada pada tahap ini, walaupun dunia dan segala isinya berada dalam tangannya, ia tidak akan dapat memu daratkannya kerana dia melihat semua harta berada dalam gedung Allah dan bukan milik peribadinya. Orang yang sebegini layak digelar al-mustaghni (orang yang tidak berhajat) kerana dia tidak berhajat sama ada harta itu ada atau tiada. Apabila seorang yang zuhud tidak mengendahkan sama ada harta itu ada atau tiada, dia telah mencapai tahap kesempurnaannya.
Ahmad bin Abi al-Hiwari memberitahu Abu Sulaiman Ad Darani: Malik bin Dinar telah berkata kepada Mughirah: Pergilah ke rumahku dan sila ambil kembali harta zakat yang kamu berikan kepadaku dahulu. Kerana Syaitan sentiasa menggangguku dengan mengatakan bahawa pencuri telah mengambil harta tersebut. Abu Sulaiman pun berkata: Ini adalah tahap zuhud yang lemah kerana sekiranya zuhudnya sempurna, kenapa dia perlu risau terhadap hartanya yang telah dicuri itu?.
Menjauhkan diri daripada harta dan zuhud terhadapnya merupakan satu kesempurnaan kepada orang yang lemah tetapi di asi para nabi dan orang yang kuat imannya, ianya sama sahaja sama ada harta itu ada ataupun tiada. Kadang-kadang orang yang kuat mannya itu akan menzahirkan sikap menjauhi harta agar dapat diikuti dan dicontohi oleh orang yang tidak mampu meninggalkannya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment