Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 27: Sabar Dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Nikmat Allah Tidak Terhitung
Halaman Rujukan Kitab : 498
Nota Mudarasah:

Ketahuilah bahawa nikmat itu terbahagi kepada dua iaitu:
i. Nikmat yang menjadi matlamat yang dituntut.
ii. Nikmat yang diingini untuk sampai kepada matlamatnya.
Matlamat sebenar yang dituntut dan dicari ialah kebahagiaan akhirat. Hasil kebahagiaan tersebut adalah merujuk kepada empat perkara iaitu:
a) Kekal yang tiada lagi kebinasaan,
b) Kegembiraan yang tiada lagi dukacita,
c) Ilmu yang tidak disertai lagi dengan kejahilan, dan
d) kekayaan yang tiada lagi kefakiran selepasnya. Ini semua adalah kebahagiaan yang hakiki.
Manakala bahagian yang kedua iaitu perkara-perkara yang diingini yang merupakan wasilah ke arah mencapai matlamat, terbahagi kepada empat perkara:
a) Kelebihan jiwa seperti iman dan akhlak yang baik.
b) Kelebihan tubuh badan seperti kekuatan, kesihatan dan seumpamanya.
c) Nikmat-nikmat yang berkait dengan tubuh badan seperti harta, kedudukan dan kaum keluarga.
d) Sebab-sebab yang membawa kepada kelebihan seperti hidayah, bimbingan, pimpinan dan dokongan yang benar. Semua ini merupakan nikmat-nikmat yang besar.
Jika ada yang mengatakan: Untuk sampai ke akhirat, kenapa kita perlu kepada nikmat-nikmat dunia seperti harta, kedudukan dan sebagainya?.
Kita menjawab bahawa semuanya itu adalah perkara harus yang merupakan perantaraan untuk sampai kepada matlamat yang sebenarnya. Contohnya dalam perkara harta. Seandainya orang yang menuntut ilmu tidak mempunyai harta yang mencukupi sebagai bekalan, dia sama seperti seorang yang keluar berperang tanpa senjata. Mereka ini tentunya akan menghabiskan masanya mencari sesuap nasi lalu mengganggunya dari mencari ilmu, mengulangkaji, berfikir dan seumpamanya.
Begitu juga dalam perkara kedudukan. akan menjaga manusia dari kehinaan dan kezaliman. Manusia tidak terlepas dari musuh yang sentiasa menyakitinya dan orang zalim yang mengganggunya. Ini semua akan menggusarkan hatinya sedang kan hatinya merupakan modal utamanya. Semua kegusaran iniakan boleh diatasi dan dihindari dengan adanya kemuliaan dan kedudukan.
Manakala kesihatan, kekuatan, panjang umur dan seumpamanya merupakan nikmat-nikmat, yang mana ilmu dan amal tidak akan sempurna melainkan dengan adanya nikmat-nikmat tersebut. Nabi s.a.w. bersabda:

Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu dengannya iaitu masa sihat dan masa lapang.¹
Apabila Rasulullah s.a.w. ditanya: Siapakah sebaik-baik manusia?
Baginda menjawab:

Seorang yang panjang umur dan baik pula amalannya.²
Walaupun harta dan pangkat kedudukan merupakan nikmat yang dikurniakan tetapi ia juga mempunyai keburukan keburukannya yang telah dinyatakan sebelum ini. Keduanya bukanlah perkara yang tercela secara mutlak. Tidak diragui lagi bahawa hidayah, bimbingan, sokongan dan bantuan dari Allah juga merupakan antara nikmat yang besar. Seseorang itu pasti amat memerlukan petunjuk dan taufik dari-Nya, sebagaimana kata penyair:
Sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah terhadap seseorang, Nescaya yang paling banyak menimpa dirinya ialah dari usahanya sendiri
__________________________________________________
.1 Riwayat al-Bukhari (6412), Ahmad (2340, 3207), at-Tirmizi (2405, 2406), Ibnu Majah (4170), Ibnu Mubarak dalam kitab az-Zuhd (1), ad-Darimi (2710), al-Hakim (4/306) dan Abu Naim (3/74 & 8/174) daripada Ibnu Abbas r.a..
2 Riwayat Ahmad (4/188 & 190), at-Tirmizi (2330), al-Baghawi (1245) daripada Abdullah bin Busr r.a. dengan sanad yang sahih.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:
Post a Comment