Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 27: Sabar Dan Syukur
Tajuk Mudarasah: Mensyukuri Nikmat Allah Dalam Makanan
Halaman Rujukan Kitab : 500
Nota Mudarasah:
Proses Makan adalah Antara Nikmat Allah
Perkara yang kita nyatakan tadi adalah sebahagian daripada nikmat Allah yang banyak. Kita telah kategorikan kesihatan tubuh badan sebagai salah satu nikmat yang berada pada kedudukan yang kedua. Jika kita ingin menyelusuri kesemua faktor yang menyempurnakan nikmat tubuh badan, nescaya kita tidak akan terdaya. Namun begitu kita ambil contoh makan sebagai salah satu sebab yang mendatangkan kesihatan. Di sini, kita akan menyebut secara ringkas beberapa proses yang menyempurnakan agenda permakanan yang berlaku secara teratur dan sempurna.
Daripada himpunan nikmat-nikmat Allah. Dia menciptakan kepada kamu alat untuk merasa dan alat untuk bergerak men dapatkan makanan. Lihatlah kepada urutan hikmat kebijaksanaan Allah Taala dalam mencipta deria manusia yang lima. Kesemuanya merupakan alat untuk mendapatkan sesuatu.
Pertamanya ialah deria sentuh iaitu deria pertama yang diciptakan untuk segala jenis hidupan. Selemah-lemah kemam puannya ialah dapat merasai apa yang disentuhnya. Sememang nya ia lebih sempurna jika dapat merasa perkara yang jauh. Oleh itu, kamu berhajat untuk mengetahui sesuatu yang berada jauh dari kamu. Lalu Allah menciptakan kepada kamu deria bau agar kamu dapat menghidu sesuatu bauan dari jauh. Walaupun begitu kamu masih tidak mengetahui arah mana bau itu datang. Untuk itu, kamu terpaksa berpusing-pusing mencari arah bau yang kamu hidu sehingga kamu menemuinya. Dan kemungkinan juga kamu langsung tidak dapat menemuinya. Justeru, Allah menciptakan bagi kamu deria penglihatan untuk melihat apa yang jauh dari kamu menyebabkan kamu dapat mengetahui arahnya dan pergi kepadanya dengan tepat.
Sekiranya Allah Taala menciptakan deria ini sahaja kepada kamu, pasti tetap berlaku kekurangan kerana kamu tidak dapat menggunakan deria tersebut untuk mengetahui apa yang ada di sebalik dinding atau tabir. Boleh jadi musuh yang mahu bertindak ke atasmu hanya terpisah darimu oleh sehelai tabir, lalu dia dapat menghampirimu sebelum tersingkap tabir tanpa kamu menyedarinya, menyebabkan kamu tidak sempat lari darinya. Oleh itu Allah Taala menciptakan bagi kamu deria pendengaran sehingga kamu dapat mendengar bunyi apabila berlaku sesuatu pergerakan di belakang tabir tersebut.
mempunyai deria rasa yang elok, yang dapat mengenalpasti apa Semuanya itu masih belum mencukupi seandainya kamu tidak yang sesuai kepadamu dan apa yang akan memudaratkan kamu. Ini berbeza dengan kejadian pokok. Oleh kerana ia tidak mempunyai deria rasa, ia akan menyerap apa sahaja cecair yang disiram pada umbinya. Disebabkan tidak mempunyai deria rasa, kadang-kadang ia boleh menyebabkannya mati kekeringan (kerana menyedut racun dan seumpamanya).
Kemudian Allah Taala memuliakan kamu dengan pemberian lain yang lebih mulia dari segalanya iaitu akal. Dengannya kamu dapat mengetahui jenis-jenis makanan dan faedahnya serta apa yang memudaratkan kamu pada masa hadapan. Dengan akal juga kamu dapat mengetahui cara memasak sesuatu makanan, resipinya serta menyediakan bahan-bahannya. Kamu mendapat manfaat dari nikmat akal tersebut untuk memakan sesuatu, yang merupakan sebab kepada kesihatan kamu. Ini adalah serendah-rendah faedah akal.
Hikmat terbesar yang dapat diperolehi dari akal ini ialah dapat mengenali Allah Taala. Apa yang kita nyatakan berkenaan lima pancaindera yang zahir ini merupakan sebahagian sahaja dari kebolehannya dan bukanlah kesemuanya. Jangan kamu menyangka bahawa kita telah menyingkapi kesemuanya.
__________________________________________________
.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:
Post a Comment