Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 29: Fakir dan Zuhud
Tajuk Mudarasah: Tanda-tanda Zuhud
Halaman Rujukan Kitab : 579
Nota Mudarasah:
Tanda-tanda Zuhud
Boleh jadi kamu menyangka bahawa orang yang meninggalkan harta benda adalah seorang yang zuhud. Tetapi sebenarnya tidak. Meninggalkan harta benda serta menampakkan pakaian yang kusut dan kasar adalah suatu perkara yang mudah bagi orang yang suka dipuji dengan kezuhudan. Berapa ramai rahib yang sentiasa bertapa di dalam biara dan mengurangkan makannya itu adalah disebabkan dorongan daripada perasaan sukakan pujian sebagaimana yang telah disebutkan dahulu dalam bab riya'.
Seseorang itu perlu zuhud terhadap semua perkara yang tidak memberi faedah kepadanya sama ada dalam bentuk harta benda ataupun kedudukan sehingga sifat zuhud menjadi sempurna apabila dia zuhud terhadap sesuatu walaupun yang berkait dengan keinginan dan kepentingan dirinya sendiri. Permulaan untuk mengenali zuhud adalah sukar.
Ibnu al-Mubarak menyatakan: Sebaik-baik zuhud ialah dengan menyembunyikan kezuhudannya. Dan ia bergantung kepada tiga tanda:
i. Dia tidak terlalu gembira dengan apa yang ada dan tidak berduka cita terhadap apa yang tiada sebagaimana firman Allah Taala:
Ini adalah tanda zuhud pada harta benda.
Sama sahaja kepadanya sama ada orang memujinya atau mencelanya. Ini adalah tanda zuhud pada kedudukan.
ii. Merasai suatu kemesraan dan keseronokan apabila bersama sama dengan Allah. Hatinya dipenuhi dengan kemanisan taat kepada Allah. Cintakan dunia dan cintakan Allah ibarat air dan udara dalam gelas. Jika air masuk ke dalamnya udara pula akan keluar. Kedua-duanya tidak akan berhimpun sekaligus.
Ditanya kepada sebahagian orang yang zuhud: Ke mana zuhud ini akan membawa kamu? Jawabnya: Ia membawa kepada rasa senang, mesra dan jinak dengan Allah Taala.
Yahya bin Muaz berkata: Dunia ini adalah seperti pengantin. Siapa yang mencarinya, dia adalah ibarat juru andamnya. Orang zuhud pada dunia pula adalah ibarat orang yang menghitamkan wajahnya, mencabut rambutnya dan mencarikkan pakaiannya. Manakala orang yang mengenali Allah ('arif) sibuk dengan Allah Taala tanpa menghiraukannya sekali-kali.
Inilah yang ingin kita nyatakan berkaitan dengan zuhud dan hukumnya. Oleh kerana zuhud tidak akan sempurna melainkan dengan tawakkal, selepas ini kita akan terangkan pula berkenaan dengan tawakkal, Insya Allah.

__________________________________________________
.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

No comments:
Post a Comment