Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 30: Tauhid Dan Tawakkal
Tajuk Mudarasah: Peringkat Tauhid
Halaman Rujukan Kitab : 582
Nota Mudarasah:
Tawakkal terbina di atas asas tauhid dan tauhid itu sendiri mempunyai beberapa peringkat iaitu:
Peringkat Pertama:
Hati yang membenarkan keesaan Allah yang diterjemahkan melalui lafaz;

Dia membenarkan melalui lafaz tersebut tanpa mengetahui dalil. Ini peringkat pegangan orang awam.
Peringkat Kedua:
Melihat kesemua perkara yang berbagai-bagai itu adalah datang daripada Allah yang Maha Esa. Ini adalah pegangan golongan muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah s.w.t.).
Peringkat Ketiga:
Seseorang insan yang celik mata hatinya akan melihat bahawa tiada yang dapat melakukan sesuatu melainkan Allah'. Ketika itu, dia tidak lagi melihat kepada selain-Nya. Bahkan dia akan takut, berharap, menyerahkan seluruh keyakinan dan tawakkalnya hanya kepada Allah. Ini kerana pada hakikatnya, Allah sahajalah yang melakukan segala perkara. Maha suci Allah, sesungguhnya seluruh ciptaan-Nya dipermudahkan kepada manusia untuk diambil manfaat darinya. Dia beriktiqad bahawa keluarnya hasil tanaman bukannya kerana hujan yang turun dan hujan yang turun itu pula bukan disebabkan awan yang mendung. Demikianlah juga kapal yang belayar bukannya kerana angin yang bertiup. Mempercayai bahawa semua itu berlaku adalah disebabkan semua perkara tersebut merupakan satu kejahilan kepada hakikat sebenar semua kejadian. Sesiapa yang mengetahui hakikat sebenarnya, tentu mengetahui bahawa angin tidak akan bertiup dengan sendirinya tanpa ada yang menggerakkannya.
Seseorang hamba yang mengembalikan kejayaannya (menggerakkan kapalnya belayar) kepada tiupan angin, samalah seperti seseorang yang telah dikenakan hukuman pancung ke atasnya. Kemudian si raja menandatangani surat pengampunan ke atasnya. Lalu lelaki tersebut sibuk membicarakan berkenaan dakwat, kertas dan pen yang telah digunakan untuk tandatangani surat pengampunan tersebut dengan berkata: Kalaulah tidak kerana pen ini tentu aku tidak akan terselamat.
Dengan itu dia melihat bahawa selamatnya dia adalah disebabkan pen dan bukannya orang yang menggerakkan pen tersebut. Inilah kejahilan yang hakiki. Siapa yang mengetahui bahawa pen tidak boleh memberi apa-apa kesan kepadanya, tentu dia akan berterima kasih kepada penulisnya dan bukannya kepada pen. Seluruh makhluk adalah amat mudah di bawah telunjuk Penciptanya, lebih daripada mudahnya sebatang pen yang digerakkan oleh tangan penulis (yang menulis apa sahaja menurut kehendaknya). Maha Suci Tuhan yang merupakan Penyebab kepada segala sebab dan Yang Maha Melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment