Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan
Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan
Tajuk Mudarasah: Kecintaan Seorang Hamba Terhadap Allah Taala
Halaman Rujukan Kitab : 616
Nota Mudarasah:
v. Merasa kesal apabila menghabiskan masa tanpa berzikir kepada Allah.
Dia sentiasa ingin membuat ketaatan dan tidak sekali-kali merasa berat untuk melakukannya. Dengan itu dia tidak pernah merasa penat untuk beribadat.
Thabit al-Bunani r.hm. berkata: Aku bersungguh-sungguh bersembahyang selama 20 tahun dan aku juga telah merasai kenikmatannya selama 20 tahun.
Al-Junaid berkata: Tanda mahabbah ialah dirinya sentiasa cergas dan berkeinginan untuk mencintai-Nya dengan hati walaupun kadang-kadang badannya berhenti (untuk berehat). Semua keadaan ini dapat dilihat dalam kehidupan ini. Orang yang bercinta tidak merasa keberatan untuk memenuhi permintaan kekasihnya bahkan hatinya merasa gembira dengan khidmat tersebut walaupun badannya penat. Tidak disangkal lagi bahawa cinta mampu. mengatasi segalanya. Siapa yang mencintai kekasihnya lebih dari sifat malas, dia akan meninggalkan sifat malas semata-mata kerana ingin berkhidmat kepada kekasihnya. Begitu juga siapa yang lebih mencintai kekasihnya dari harta, dia sanggup meninggalkan harta demi kekasihnya yang dicintai.
vi- Merasa belas kasihan terhadap semua hamba Allah.
Dia menjadi orang yang amat penyayang kepada mereka yang beriman tetapi bersifat tegas terhadap musuh-musuh Allah, sebagaimana firman Allah Taala:

Demi menyahut perintah Allah, dia tidak sekali-kali menghiraukan celaan orang yang mencela dan tidak seorang pun yang dapat meredakan kemarahannya semata-mata kerana Allah. Inilah tanda cinta. Siapa yang ada padanya perkara-perkara ini bermakna cintanya telah sempurna dan di akhirat nanti akan tersedia minuman syurga yang khusus untuknya. Sesiapa yang mencintai Allah dan di waktu yang sama dia juga mencintai yang lain dari-Nya, dia akan menikmati nikmat di hari akhirat mengikut kadar cintanya kepada Allah Taala. Minumannya dicampur sedikit daripada minuman para muqarrabin sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). Engkau dapat melihat pada muka mereka cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya. Meterainya kasturi dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaklah berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim": laitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).
Cinta yang murni akan dibalas dengan minuman yang murni manakala cinta yang bercampur-baur akan dibalas dengan minuman yang bercampur baur.
Firman Allah Taala:

vii- Dalam kecintaannya tersirat perasaan takut terhadap kehebatan dan kebesaran Allah yang dicintai.
Perasaan takut ini tidak menafikan mahabbah yang ada. Sifat sifat yang khusus bagi orang yang mencintai Allah ialah adanya perasaan takut kepada Allah seimbang dengan perasaan cintanya kepada-Nya. Sifat ini tidak dimiliki oleh orang lain. Tahap sifat takut ini berbeza antara satu sama lain. Tahap yang paling rendah ialah takut jika Allah tidak mempedulikannya. Kedua takut jika tidak dapat melihat Allah. Manakala tahap yang paling tinggi ialah takut jika dirinya dijauhkan dari Allah.
viii- Menyembunyikan cinta dan mengelak diri dari mengaku (mememperolehi mahabbah).
Seseorang itu hendaklah tidak mengzahirkan perasaan cintanya yang tinggi kepada Allah sebagai tanda mengagung dan membesarkan Allah serta mengakui kehebatan-Nya. Dia juga tidak suka rahsia cintanya itu terbongkar. Ini kerana cinta adalah rahsia seorang kekasih. Walau bagaimanapun, kadangkala cinta boleh menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan asyik dan tidak sedar sehingga rahsia cintanya itu terbongkar tanpa disengajakan. Orang yang sebegini adalah dimaafkan. Sepertimana yang disebut dalam sebuah ungkapan syair:
Orang yang hatinya bersama orang lain, bagaimanakah keadaannya
Dan orang yang rahsianya di kelopok matanya, bagaimana dia boleh menutupnya?
teks.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

(Al-Mutoffifin: 22-28)

No comments:
Post a Comment