Sunday, 13 February 2022

SIRI 266 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 4: Perkara Yang Menyelamatkan

Bab 31: Kecintaan, Kerinduan, Kemesraan Dan Keredhaan

Tajuk Mudarasah: Kecintaan Seorang Hamba Terhadap Allah Taala

Halaman Rujukan Kitab : 616

Nota Mudarasah:

vi- Merasa belas kasihan terhadap semua hamba Allah.

Dia menjadi orang yang amat penyayang kepada mereka yang beriman tetapi bersifat tegas terhadap musuh-musuh Allah, sebagaimana firman Allah Taala:



Demi menyahut perintah Allah, dia tidak sekali-kali menghiraukan celaan orang yang mencela dan tidak seorang pun yang dapat meredakan kemarahannya semata-mata kerana Allah. Inilah tanda cinta. Siapa yang ada padanya perkara-perkara ini bermakna cintanya telah sempurna dan di akhirat nanti akan tersedia minuman syurga yang khusus untuknya. Sesiapa yang mencintai Allah dan di waktu yang sama dia juga mencintai yang lain dari-Nya, dia akan menikmati nikmat di hari akhirat mengikut kadar cintanya kepada Allah Taala. Minumannya dicampur sedikit daripada minuman para muqarrabin sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). Engkau dapat melihat pada muka mereka cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya. Meterainya kasturi dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaklah berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim": laitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).
(Al-Mutoffifin: 22-28)


Cinta yang murni akan dibalas dengan minuman yang murni manakala cinta yang bercampur-baur akan dibalas dengan minuman yang bercampur baur.

Firman Allah Taala:



Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment